Friday, 28 November 2014

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat kesalahan dari segi tatabahasa, ejaan, dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan.

1. Pokok tumbang pagi tadi menghalang perjalanan orang ramai yang menggunakan jalanraya.

2. Sejak ayahnya meninggal, halaman rumah mereka telah semak.

3. Pucuk daun teh yang baharu di petik di masukkan kedalam bakul yang diikat dibelakang.

4. Sejak kematian isteri, Wahab tidak mengurus dirinya hingga misai dan jambangnya tumbuh tampa di cukur.

5. Polis menemui rangka manusia di timbus dicelah semak-samun dan dipercayai mati di bunuh.

6. Ibu memarahi Haslam oleh kerana terlalu degil lalu tidak mengindahkan larangan orang tuanya.

7. Di dalam keadaan pengembangan ekonomi yang tidak memberangsangkan, kita harus ekonomis bila berbelanja.

8. Peristiwa di samun oleh perompak membuat dia serik untuk keluar malam bersendiri.

9. Ayah membena bansal untuk mengisi barang tukangnya dibelakang rumah.

10. Penuntun tidak dapat menangkap inti ceramah yang di sampaikan oleh Datuk Benjamin.








Monday, 3 November 2014

KATA BILANGAN

Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis;

1.  Kata Bilangan Tentu
     Contohnya, satu, sepuluh, seribu, tiga juta, dan 
     seterusnya.
     Contoh ayat
     (a)  Dua buah rumah telah hangus dijilat api dalam 
           kejadian kebakaran yang berlaku malam kelmarin.
     (b)  Sebanyak sepuluh ribu orang telah membanjiri 
           stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak 
           itu.

2.  Kata Bilangan Tidak Tentu
     Contohnya, seluruh, segala, semua, sekalian, beberapa
     para
     Contoh ayat
     (a) Semua guru sedang bermesyuarat di dalam bilik 
          guru.
     (b) Seluruh kawasan tanah rendah di pekan itu dinaiki air 
          berikutan hujan lebat malam tadi.

3.  Kata Bilangan Pecahan
     Contohnya, setengah, du pertiga, separuh, lima 
     persepuluh
     Contoh ayat
     (a) Setengah daripada kek itu diberikan kepada Mak Jah.
     (b) Dia menggunakan tiga perempat daripada kertas itu 
          untuk membuat layang-layang.

4.  Kata Bilangan Himpunan
     Contohnya , berguni-guni, berhari-hari, berbulan-bulan
     beratus-ratus, berjuta-juta
     Contoh ayat
     (a) Kedua-dua orang murid itu telah diberi amaran oleh 
          guru besar.
     (b) Berjuta-juta orang di seluruh dunia telah disahkan 
          menghidap penyakit yang berbahaya itu.

5.  Kata Bilangan Pisahan
     Contohnya, setiap, tiap-tiap, masing-masing
     Contoh ayat
     (a) Masing-masing pelajar dikehendaki membawa buku 
          teks ke sekolah esok.
     (b) Tiap-tiap hari Ahmad, Siti, dan Ramu pergi ke sekolah 
          dengan menaiki bas.

6.  Kata Bilangan Tingkat
     Contohnya, pertama, kedua, ketiga, keempat dan 
     seterusnya.
     Contoh ayat
     (a) Siti mendapat tempat kedua dalam pertandingan 
          mewarna yang dianjurkan oleh pihak sekolahnya.
     (b) Anak Pak Arif yang keempat telah meninggal dunia 
          akibat kemalangan jalan raya.

Latihan 1

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan kata bilangan 
yang paling sesuai.

1.  Sekolah akan ditutup selama...............minggu mulai hari 
     Jumaat ini. ( tiga, semua, tiap-tiap )

2.  Ramesh mendapat tempat.............dalam acara larian 
     100 meter. ( beberapa, setengah, kedua )

3.  .................ibu bapa tidak menghiraukan penglibatan 
     anak-anak mereka dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
     ( Semua, setengah, sesetengah )

4.  ...............orang pelajar yang menghisap rokok di dalam 
     tandas itu akan dikenakan hukuman rotan. ( Semua, 
     Setiap, Ketiga-tiga )

5.  ................banyak projek akan dilaksanakan oleh pihak 
     kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-4. ( Setengah, 
     Semua, Beberapa )

6.  Pak Samad akan menggunakan..................daripada 
     tanah di kebunnya itu untuk ditanami dengan pokok 
     durian. ( dua pertiga, lima, semua )

7.  Keluarga Encik Ramli sudah................menetap di Pulau 
     Langkawi, Kedah. ( berhari-hari, bertahun-tahun, 
     berabad-abad )
8.  ...................pelajar dikehendaki berhimpun di padang 
     sekolah untuk mendengar taklimat ringkas daripada guru 
     sukan mereka. ( Dua puluh, Sesetengah, Sekalian )

9.  Dia telah menunggu saya di situ selama....................jam.
     ( sesetengan, suku, semua )

10.  ............pelajar diwajibkan bergiat aktif dalam bidang 
       kokurikulum di sekolah. ( Tiap-tiap, banyak, beberapa )