Friday 26 September 2014


Menggabungkan ayat dan memisahkan ayat 
( Oleh : Cikgu Rashid Lewan )

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.


Latihan 1

1. Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran yang 

    sukar oleh sesetengah pelajar.
    Mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang 
    senang oleh sesetengah pelajar.

2. Ramli memberitahu ibunya masalah yang dihadapinya itu.

    Masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.

3. Zubaidah pergi ke sekolah.

    Zubaidah menjalani latihan bola jaring.

4. Buku cerita itu sangat tebal.

    Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di 
    Plaza Angsana, Johor Bahru.

5. Ramli mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.

    Ramu mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.

6. Sharifah selalu ponteng sekolah.

    Sharifah didenda oleh guru disiplin sekolahnya.

7. Nenek sedang menjahit baju di ruang tamu.

    Ibu sedang memasak rendang ayam di dapur.

8. Rohana tidak hadir ke sekolah hari ini.

    Dia memberitahu rakannya.
    Dia sakit perut.

9. Hujan sangat lebat pada hari ini.

    Razali tetap pergi ke sekolah.

10. Murid-murid itu menunggu bas di perhentian bas.

      Murid-murid itu berbual-bual dengan rakannya.



Memisahkan ayat majmuk kepada dua ayat tunggal.

Pisahkan ayat  majmuk di bawah ini kepada dua ayat tunggal. 

1. Sementara menanti makanan tengah hari yang sedang 
    disediakan oleh penganjur kursus itu, kami menjamah 
    sedikit makanan yang ada.
    Kami menanti makan tengah hari yang sedang disediakan 
    oleh penganjur kursus itu. Kami menjamah makanan 
    yang sedia ada.

2. Semua anggota masyarakat hendaklah saling 
    menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini 
    bertambah harmoni.
    Semua anggota masyarakat hendaklah saling 
    menghormati. Kehidupan rakyat di negara ini bertambah 
    harmoni.

3. Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau 
    masih dapat meluangkan masanya untuk bertemu 
    dengan penduduk setempat.

4. Golongan belia di kawasan Felda ini amat rajin berusaha 
    untuk meningkatkan taraf hidup keluarga mereka.

5. Program lawatan sambil belajar kelolaan Persatuan 
    Bahasa Melayu sekolah ini akan diadakan pada hujung 
    minggu hadapan jika pihak penganjur mendapat 
    kebenaran daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah.

6. Ubat ini sesuai untuk pesakit kencing manis dan pesakit 
    darah tinggi.

7. Setiausaha Encik Khalid masuk ke bilik mesyuarat lalu 
    mengedarkan minit mesyuarat kepada semua pengarah.

8. Pasukan pembahas yang telah dua tahun menjadi juara 
    itu, begitu petah menyampaikan hujah-hujah.

9. Ramli datang lewat ke sekolah kerana bas yang 
    dinaikinya kehabisan minyak di tengah jalan.

10. Puan Faridah tidak akan pulang ke rumahnya selagi 
      kerja-kerjanya belum selesai.
    

10 comments:

  1. mohon utk salin ye cikgu untuk latihan pelajar

    ReplyDelete
  2. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete
  3. Mohon izin gunakan bahan ini ya cikgu

    ReplyDelete
  4. Mohon izin gunakan bahan untuk kegunaan pelajar....t.kasih

    ReplyDelete
  5. TERIMA KASIH. MOHON IZIN GUNAKAN BAHAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR

    ReplyDelete
  6. Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

    ReplyDelete