Tuesday 21 October 2014



Kesalahan Ejaan PT3 
(Oleh : Cikgu Rashid Lewan)


Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Latihan 1

1. Nasi beryani yang dijual di warung itu mendapat 
    sambutan yang menggalakkan terutama pada bulan 
    Ramadan.
    beriani

2. Golongan yang bertaqwa dan beriman sememangnya 
    dituntut menunjukkan contoh yang baik kepada orang 
    ramai.
    bertakwa

3. Kenaikan harga telor ayam yang mendadak menjelang 
    musim perayaan berpunca daripada sikap peniaga yang 
    menangguk di air keruh.
    telur

4. Sepanjang bulan Febuari, semua sekolah perlu 
    merancang untuk menganjurkan kejohanan sukan 
    tahunan dan acara merentas desa.
    Februari

5. Pihak berkuasa perlu mempastikan agar kes kemasukan 
    pendatang tanpa izin dapat dikurangkan demi menjaga 
    imej negara.
    memastikan

6. Semangat bersatu-padu perlu diterap dalam jiwa para 
    pelajar dalam usaha mengeratkan hubungan antara 
    kaum.
    bersatu padu

7. Para penonton yang hadir tertawa terbahak-bahak 
    semasa menyaksikan filem komidi yang mencuit hati itu.
    komedi

8. Hujah para pembahas dalam pertandingan perbahasan 
    itu amat mengkagumkan para panel juri yang mengadili 
    acara berkenaan.
    megagumkan

9. Salah satu langkah kerajaan dalam usaha memajukan 
    barangan tempatan ialah menghadkan pengimportan 
    barangan berjenama dari luar negara.
    mengehadkan

10. Perlaksanaan sekolah satu sesi memudahkan banyak 
      urusan pentadbiran dan pengurusan.
     pelaksanaan

Sunday 12 October 2014



KOLEKSI SIMPULAN BAHASA


ALIM-ALIM KUCING










1 Abu Dajal [Pengganggu]

2 Abu Jahal [Orang yang sangat jahat]

3 Ada angin [Perangai atau tingkah laku yang tidak tetap]

4 Ada bakat [Mempunyai kebolehan]

5 Ada hati [Bercita-cita untuk membuat sesuatu / Menaruh minat terhadap seseorang secara diam-diam]

6 Ada jalan [Mempunyai peluang]

7 Ada sengat/Ada taring [Mempunyai kuasa]

8 Air bujang [Hidangan minuman tanpa kuih]

9 Air muka [Wajah atau rupa seseorang]

10 Akal kancil [Cerdik dan pandai membuat helah]

11 Alas cakap/Alas kata [Kata-kata pendahuluan yang diberi sebelum sesuatu perkara utama dibincangkan]

12 Alas perut [Makan sedikit untuk menahan lapar]

13 Ali Baba [Orang Melayu yang mendapat lesen atau kontrak dan menggadaikannya kepada orang bukan Melayu]

14 Alim kucing [Berpura-pura baik]

15 Ambil angin [Keluar bersiar-siar mengambil udara nyaman di taman atau di tepi pantai]

16 Ambil berat [Mengambil tahu tentang sesuatu perkara atau seseorang]

17 Ambil hati [Membuat sesuatu supaya disukai oleh orang/tersinggung atas perbuatan seseorang]

18 Anak angkat / Anak tut [Anak orang yang dipelihara sebagai anak sendiri]

19 Anak bangsawan /Anak panggung / Anak wayang [Pelakon atau orang yang menceburkan diri dalam bidang lakonan pentas atau layar perak]

20 Anak anak [Boneka atau patung]

21 Anak bapak [Anak lelaki yang berani]

22 Anak buah [Anak saudara, iaitu anak kepada abang atau kakak / Orang kampung yang di bawah jagaan penghulu atau ketua kampung]

23 Anak bulan [Bulan yang baru terbit pada awal bulan / Leher baju kurung yang digunakan sebagai pola]

24 Anak emas [Anak yang sangat disayangi / Pekerja yang disayangi oleh majikan]

25 Anak gahara [Anak yang dilahirkan oleb permaisuri raja daripada keturunan raja juga]

26 Anak gundik [Anak raja daripada isteri orang kebanyakan]

27 Anak kapal [Pekerja kapal atau awak-awak]

28 Anak kandung [Anak sendiri]

29 Anak yatim piatu [Anak yang kematian ibu bapa]

30 Angin-angin / Khabar angin [Khabar yang belum tentu sah/ desas-desus]

31 Angkat bakul [Memuji diri sendiri]

32 Angkat kaki [Cabut lari / Meninggalkan sesuatu tempat dengan segera atau secara tergesa-gesa]

33 Angkat muka [Berani menentang]

34 Asam garam [Pengalaman hidup / Bahan masakan]

35 Atas angin [Negara di sebelah Barat]

36 Atas pagar [Tidak memihak pada mana-mana pihak atau kumpulan]

37 Ayam tambatan [Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pasukan]

38 Ajak-ajak ayam [Pelawaan yang tidak sungguh-sungguh]





BERBADAN DUA











B

39 Bagi muka [Terlalu dimanjakan]

40 Bahasa dalam / Bahasa istana [Bahasa khas yang digunakan oleh golongan istana]

41 Bahasa kesat [Bahasa yang kasar dan kurang sopan]

42 Bahasa pasar [Bahasa yang tidak betul struktur dan tatabahasanya]

43 Baik sangka [Mempunyai tanggapan yang baik terhadap seseorang]

44 Balik gagang [Balik ke tempat asal]

45 Bangkai bernyawa [Kurus kering dan tidak bermaya]

46 Banyak lemak [Perangai yang mengada-ngada]

47 Banyak mulut / Mulut murai [Suka bercakap banyak atau suka berleter]

48 Bapak ayam [Bapa yang tidak mempedulikan anak-anaknya]

49 Barang kemas [Banang perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak, atau batu permata]

50 Batu api [Penghasut yang menyebabkan dua pihak bergaduh, bermasam muka, atau tidak bertegur sapa]

51 Batu loncatan [Asas untuk mencapai sesuatu kejayaan]

52 Bau-bau bacang [Pertalian keluarga yang jauh]

53 Bawa bersemuka [Menemukan dua pihak yang berselisihan untuk mencari jalan penyelesaian]

54 Bawa ke tengah [Mengemukakan sesuatu perkara kepada pihak tertentu untuk dibincangkan dan diambil tindakan]

55 Bawah angin [Negara di sebelah timur]

56 Bekas tangan [Hasil ciptaan atau gubahan seseorang / Kesan pukulan]

57 Bendera putih [Mengaku kalah]

58 Berat badan [Seseorang yang malas / Sarat mengandung]

59 Berat kepala [Pening atau sakit kepala / Susah memahami sesuatu pengajaran]

60 Berat hati [Enggan atau tidak rela berbuat sesuatu]

61 Berat lidah / Berat mulut [Pendiam atau tidak peramah]

62 Berat mata [Mengantuk]

63 Berat sebelah [Bersikap tidak adil]

64 Berat tulang [Malas]

65 Berbadan dua [Hamil]

66 Berbahasa [Mempunyai budi bahasa yang baik dan bersopan santun]

67 Berbulan madu [Pergi bercuti ke sesuatu tempat selepas berkahwin]

68 Berdiri di alas pagar [Tidak menyebelahi mana-mana pihak atau bersikap berkecuali]

69 Berganti tikar [Berkahwin dengan adik atau kakak atau saudara isteri yang telah meninggal dunia]

70 Bergolok-bergadai [Berikhtiar untuk mendapatkan wang dengan apa cara sekalipun untuk sesuatu tujuan]

71 Beri jalan [Memberi pendapat atau menunjukkan cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah]

72 Beri muka [Terlalu memanjakan seseorang]

73 Bermasam muka [Berkecil hati lalu tidak bertegur sapa]

74 Bermuka-muka [Berpura-pura atau melakukan sesuatu dengan tidak ikhlas]

75 Bermain kayu tiga [Tidak jujun terhadap suami atau isteri]

76 Berpaling tadah [Menyebelahi pihak lain atau bertukar kesetiaan]

77 Berpeluk tubuh [Tidak berbuat apa-apa]

78 Bersaksi ke lutut [Mengambil saudara-mara atau sahabat sebagai

saksi dalam sesuatu perbicaraan /Meminta petunjuk daripada onang yang bodoh]

79 Bertegang urat / Bertegang leher [Berkeras dan tidak mahu mengaku kalah walaupun pendapatnya salah]

80 Bertikam lidah [Bertengkar atau berdebat]

81 Besar hati [Bangga]

82 Besar kepala [Degil / bongkak/ sombong]

83 Bidan terjun [Menjadi pengganti secara tiba-tiba]

84 Bodoh alang [Agak bodoh]

85 Bodoh sepat [Pura-pura bodoh, tetapi sebenarnya cerdik]

86 Bongkok sabut [Bongkok kerana sudah tua]

87 Bongkok udang [Bongkok di tengah bahagian belakang (biasanya pada orang muda)]

88 Buah fikiran [Pendapat]

89 Buah hati / Mata air [Orang yang disayangi / kekasih]

90 Buah mulut [Bahan perbualan]

91 Buah pena [Hasil karya seseorang penulis]

92 Buah tangan [Hasil pekerjaan (bekas tangan) seseorang]

93 Buat duit [Membuat sesuatu yang menguntungkan atau berikhtiar untuk mendapat banyak duit]

94 Buat helah [Berdalih untuk melepaskan diri daripada sesuatu]

95 Buaya darat [Lelaki yang gemar bertukar-tukar teman wanitanya]

96 Budak makan pisang [Mentah atau belum cukup akal]

97 Budaya kuning [Cara hidup atau adat resam yang sumbang dan bertentangan dengan masyarakat timur]

98 Buka mata [Sedar daripada kelalaian]

99 Buka tembelang/Pecah tembelang [Membuka rahsia atau membongkar keburukan seseorang]

100 Buku lima [Penumbuk]

101 Bulat fikiran [Pendirian yang tetap atau mengambil keputusan yang muktamad]

102 Bulat hati [Azam yang sungguh-sungguh]

103 Buat kata [Muafakat dalam melakukan sesuatu]

104 Bunga dedap [Perempuan yang cantik, tetapi berperangai burukl

105 Bunga wang [Keuntungan daripada wang simpanan atau pinjaman]

106 Buruk makan [Makan dengan gelojoh atau lahap atau rakus]

107 Buruk siku [Meminta balik barang atau sesuatu yang telah diberi kepada orang lain]

108 Buruk hati [Niat yang jahat]

109 Buruk laku [Kelakuan yang tidak baik]

110 Buruk sangka [Salah sangka]

111 Buta huruf / Buta kayu [Tidak tahu membaca dan menulis]

112 Buta hati [Seseorang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan / Tertutup akal fikiran atau tidak berilmu pengetahuan]

113 Buta ayam [Rabun ayam / Kabur mata atau penglihatan pada waktu senja]

114 Buta belalang [Buta, tetapi mata tidak rosak]

115 Buta tuli [Berbuat sesuatu tanpa berfikir]

116 Buta warna [Tidak dapat membezakan warna]



CURI TULANG








C

117 Cabut nyawa [Rasa hendak mati]

118 Cacing kepanasan [Orang yang sentiasa gelisah atau kehidupan yang sangat sempit dan serba-serbi kekurangan]

119 Cahaya mata [Anak / kekasih]

120 Cahaya muka [Seri muka seseorang]

121 Cakap angin [Butir percakapan yang tidak sah atau tidak betul]

122 Cakap besar [Meninggi diripadahal tidak mampu melaksanakan apa yang dikata]

123 Cakar ayam [Tulisan yang buruk]

124 Campurtangan [Ambil tahu akan urusan orang lain]

125 Cangkul angin / Menghitung buah kerayung [Perbuatan yang sia-sia]

126 Cari jalan [Berikhtiar untuk mencapai tujuan]

127 Cina buta [Mengambil upah mengahwini dan menceraikan isteri yang ditalak tiga]

128 Cepat tangan [Suka mencuri]

129 Cukup bulan [Akhir bulan / Genap hari untuk ibu bersalin]

130 Curi tulang [Tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh]



D

131 Dalam tangan [Sudah pasti boleh dapat]

132 Dalam genggaman [Di bawah perintah / sudah mendapat sesuatu yang dihajati]

133 Dapat terpijak [Mendapat sesuatu dengan mudah]

134 Darah daging [Tali persaudaraan yang rapat seperti abang, kakak, adik, atau anak]

135 Darah muda [Semangat atau perasaan orang modal

136 Darah gemuruh [Mudah gugup atau cemas apabila menghadapi sesuatu keadaan]

137 Darah manis [Mudah mendapat bahaya atau cedera]

138 Darah panas / Naik darah [Lekas menjadi marah]

139 Duit kopi / Duit teh [Wang yang diberi kepada seseorang untuk mendapatkan sesuatu]

140 Dunia terbalik [Keadaan yang berlawanan jika dibandingkan dengan keadaan yang sebenarnya]

141 Durian runtuh [Mendapat keuntungan atau rezeki secara tiba-tiba]

G


142 Gaji buta [Gaji yang diterima tanpa bekerja]

143 Ganti rugi [Memberi barang atau wang sebagai menggantikan sesuatu kerugian (wang pampasan)]

144 Gelap hati [Sukar belajar]

145 Gelap mata [Hilang fikiran yang waras kerana melihat wang yang banyak]

146 Gila bahasa [Perangai yang kurang sihat atau tidak panjang fikiran]

147 Gila bayang [Perasaan ingin akan sesuatu, tetapi tidak mungkin diperoleh]

148 Gulung tikar [Mengalami kerugian terhadap sesuatu yang diusahakanl



H

149 Halwa telinga [Bunyi-bunyian atau nyanyian untuk hiburan]

150 Hancur hati [Perasaan sedih yang amat sangat]

151 Hangat-hangat tahi ayam [Tidak bersungguh-sungguh melakukan sesuatu usaha atau pekerjaan]

152 Hantar cincin / Beri cincin [Memberi cincin tanda pertunangan]

153 Harga diri [Maruah seseorang]

154 Harga mati [Harga tetap]

155 Harga pokok [Harga modal]

156 Hati batu [Bersikap degil]

157 Hentam keromo [Membuat sesuatu perkara secara sambil lewa]

158 Hidung belang [Lelaki yang suka mengganggu perempuan]

159 Hidung tinggi [Sombong dan megah]

160 Hilang akal [Tiada pertimbangan]

161 Hisap darah [Mencani keuntungan yang berlebihan]

162 Hitam putih [Pengesahan atau bukti secara bertulis]

163 Hitam manis [Warna kulit yang hitam kemerah-merahan]



I

164 Ibu angkat [Perempuan yang memelihara anak orang lain sebagai anaknya sendiri]

165 Ibu ayam [Perempuan yang memperdagangkan perempuan lain]

166 Ibu keladi [Ibu yang beranak ramai / orang tua yang masih berkelakuan seperti orang muda]

167 Ikat perut [Mengurangkan makan kerana susah atau berjimat]

168 Iri hati [Cemburu atau dengki]

169 Isi hati [Perasaan seseorang]

170 Isi rumah [Penghuni dalam sesebuah rumah]

171 Isi perut [Hati budi]



J

172 Jadi kaki [Orang yang menjadi anggota sesuatu kumpulan jahat]

173 Jadi perkakas [Orang yang bekerja untuk orang lain]

174 Jadi umang-umang [Orang yang suka bergaya atau berlagak dengan pakaian orang lain]

175 Jantung hati [Orang yang disayangi]

176 Jatuh hati [Tertarik atau menaruh harapan]

177 Jauh hati [Merajuk]

178 Jejak-jejak bara [Hampir-hampir sampai]

179 Jejak langkah [Menurut langkah yang dilakukan oleh orang terdahulu)

180 Jinak-jinak lalat [Orang yang bercampur dengan orang lain, tetapi tidak begitu rapat atau mesra]

181 Jinak-jinak merpati [Perempuan yang kelihatan ramah dan mudah bergaul tetapi menjauhkan diri apabila didekati]

182 Jiwa besar [Bercita-cita tinggi]

183 Jiwa hamba [Orang yang tidak bercita-cita tinggi dan selalu berasa rendah diri]

184 Juling air [Juling sedikit]

185 Kacang hantu [Orang yang nakal dan suka mengganggu orang lain]

186 Kaki ayam [Berjalan tanpa memakai kasut]

187 Kaki botol / Kaki arak [Orang yang suka minum minuman keras]

188 Kaki bangku [Orang yang tidak pandai bermain bola]

189 Kaki judi [Orang yang suka berjudi]

190 Kata putus [Kata yang menentukan sesuatu perkaral

191 Kaki lima [Tempat laluan di tepi rumah atau bangunan]

192 Kecil hati [Merajuk kerana tersinggung]

193 Kepala angin [Orang yang mudah berubah perangainya]

194 Kepala batu [Degil dan tidak mahu mendengar nasihat orang]

195 Kepala udang / Otak udang [Orang yang bodoh]

196 Kera sumbang [Orang yang tidak suka bercampur dengan orang lain]

197 Keramat hidup [Orang ailm atau orang yang disegani dalam masyarakat kerana ikhlas dan amanah]

198 Kerang busuk [Asyik tersengih sahaja]

199 Keras hati [Degil dan tidak mahu mendengar nasihat orang]

200 Ketam batu [Kedekut]

201 Khabar angin [Berita yang belum pasti kebenarannya atau belum disahkan]

202 Kuku besi [Pemerintahan yang zalim]

203 Kutu embun [Orang yang suka merayau-rayau tidak tentu haluan pada malam hari]   



L


204 Langkah kanan [Bernasib baik]

205 Langkah kiri [Tidak bernasib baik]

206 Langkah seribu [Lari dengan pantas]

207 Lepas tangan [Tidak mahu bertanggungjawab atau mengambil tahu]

208 Lidah bercabang [Suka bercakap bohong]

209 Lidah biawak [Bercakap berdolak-dalik]

210 Lipas kudung [Pantas membuat sesuatu kerja]



M

211 Mabuk asmara / Mabuk kepayang / Mabuk kecubung [Hilang akal atau seperti gila kerana jatuh cinta]

212 Mabuk darah [Pening kerana melihat atau kehilangan terlalu banyak darah]

213 Makan angin [Pergi bersiar-siar]

214 Makan angkat [Suka dipuji]

215 Makan diri [Terkena dir sendiri]

216 Makan hati [Terlalu dukacita]

217 Makan suap [Menerima rasuah]

218 Mandi bunga [Mandi dengan pelbagai jenis air bunga untuk menolak bala]

219 Mandi kerbau [Mandi dengan tidak membersihkan badan]

220 Mandi peluh [Bekerja dengan bersungguh-sungguh]

221 Masin lidah [Apa yang diucapkan selalunya secara kebetulan menjadi kenyataan]

222 Masuk angin [Sakit perut kerana kesejukan]

223 Masuk ajar [Mahu mendengar atau menenima nasihat orang]

224 Masuk akal [Dapat diterima oleh akal]

225 Masuk campur / Masuk tangan [Turut serta dalam sesuatu perkara]

226 Mata air [Orang yang disayangi atau kekasih]

227 Mata duitan [Tamak akan wang]

228 Mata keranjang [Lelaki yang pantang melihat perempuan cantik]

229 Mata petai [Mata yang tidak dapat melihat dengan betul]

230 Mata kayu / Buta huruf [Tidak tahu menulis atau membaca]

231 Mati celik [Meninggal dunia sebelum mendapat apa yang dihajati]

232 Membabi buta [Membuat sesuatu secara sembarangan atau tergesa-gesa]

233 Membawa hati [Meninggalkan sesebuah tempat kerana kecewa]

234 Mencolek hati [Menggelikan hati]

235 Menjolok (mencolok) mata [Sesuatu yang tidak manis dipandang]

236 Mengadu domba [Melaga-lagakan orang lain supaya berpecah-belah]

237 Mengadu untung [Mencari rezeki]

238 Mengikut telunjuk [Mengikut arahan tanpa usul periksa]

239 Menunjukkan muka [Hadir di sesuatu majlis untuk menunjukkan diri sahaja]

240 Menyimpan hati [Mempunyai perasaan terhadap seseorang / bercita-cita untuk memiliki sesuatu]

241 Minta diri [Meminta izin untuk pulang]

242 Minta nyawa [Meminta supaya jangan dibunuh atau diapa-apakan]

243 Muka dua [Menyebelahi dua pihak]

244 Muka tebal [Tidak ada perasaan malu]

245 Muka tembok [Muka yang tidak tahu malu]

246 Mulut murai [Orang yang banyak bercakap]

247 Mulut tempayan [Orang yang tidak boleh menyimpan rahsia]

248 Muntahkan darah [Makan dengan banyak dan gelojoh]

249 Musuh dalam selimut / Gunting dalam lipatan [Orang yang kita sangkakan kawan sebenarnya musuh yang cuba menjahanamkan kita]



N

250 Naik angin / Naik darah [Menjadi marah]

251 Neraka dunia [Kehidupan yang penuh dengan kesusahan]

252 Nyawa-nyawa ikan [Hampir-hampir mati]



O

253 Orang gaji [Pembantu rumah]

254 Orang harapan [Orang yang diharap-harapkan]

255 Otak cair [Orang yang cerdik, pandai, dan pintar]

256 Orang rumah [isteri]

257 Otak udang [Orang yang bodoh]

258 Otak Pandir [Orang yang bodoh dan tolol]



P

259 Panjang tangan [Suka mencuri]

260 Pasang kaki [Mengupah orang untuk menyiasat atau mengintip]

261 Pasang telinga [Mendengar dengan teliti]

262 Pasar gelap [Tempat urusan jual beli barang secara haram]

263 Patah hati [Kecewa kerana gagal mendapatkan sesuatu]

264 Patah kandar [Hilang tempat bergantung]

265 Pecah tembelang [Terbuka rahsia]

266 Pejam mata [Tidak mahu mengambil tahu / Meninggal dunia]

267 Pekak badak [Telalu pekak]

268 Pembasuh mulut [Buah-buahan atau kuih yang dimakan selepas makan makanan berat]

269 Pening lalat [Pening sedikit]

270 Penyapu baru [Orang yang rajin kerana baru bekerja]

271 Perang dingin [Tidak bertegur sapa kerana berselisih pendapat]

272 Perang mulut [Bertengkar]

273 Pilih kasih [Tidak berlaku adil atau berat sebelah]

274 Pisau cukur [Perempuan yang memikat lelaki dengan tujuan untuk mengikis wangnya]

275 Potong leher [Menjual barang dengan harga yang terlalu mahal]

276 Pukul curi [Menyerang dan belakang atau secara bersembunyil

277 Puteri lilin [Perempuan yang tidak tahan kena panas]

278 Putih hati [Jujur dan ikhlas]

279 Putih mata [Kecewa kerana tidak dapat sesuatu yang dihajati]

280 Putih tulang [Sanggup mati daripada mendapat malu]


Q

281 Quran buruk [Orang lama yang pada suatu masa dahulu berpengaruh, tetapi kini tidak lagi]



R

282 Raja sehari [Pengantin]

283 Rambang mata [Tidak boleh membuat pilihan]

284 Rendah diri [Tidak angkuh atau sombong]

285 Rendah hati [Perasaan serba kekurangan]

286 Ringan mulut [Bersikap ramah]

287 Ringan tulang [Rajin bekerja dan berusaha]


S

288 Sakit mata [Benci memandang]

289 Sakit telinga [Benci mendengar]

290 Salah langkah [Silap perhitungan]

291 Samar muka [Waktu hampir gelap atau senja]

292 Sampah masyarakat [Orang yang tidak berguna]

293 Saudara anjing [Adik-beradik tiri, iaitu seibu, tetapi berlainan bapa]

294 Saudara pungut [Anak angkatl

295 Sejuk hati [Tidak risau, lega, dan tenang]

296 Senyum kambing [Senyum sedikit]

297 Sepak kertas [Orang yang tidak mempunyai pekerjaan]

298 Serkap jarang [Menuduh sembarangan tanpa usul periksa]

299 Setengah masak [Belum cukup matang atau sempurna]



T

300 Tahi judi [Orang yang kuat berjudi]

301 Tahi minyak [Cerewet atau banyak kerenah]

302 Tajam hati [Cerdas atau pintar]

303 Tali barut [Orang suruhan yang menyampaikan maklumat sulit kepada pihak musuh]

304 Tanda mata [Barang atau hadiah sebagai ingatan]

305 Tangan terbuka [Suka menolong orang atau murah hati]

306 Tangkai jering [Sangat kedekut]

307 Tangkap buta [Menangkap orang tanpa menyiasat terlebih dahulu]

30B Telinga lintah [Pendengaran yang baik]

309 Telinga nipis [Mudah marah]

310 Terang-terang tanah [Waktu pagi ketika matahari baru hendak terbit]

311 Tidur-tidur ayam [Tidur yang tidak lena]

312 Tidur mati [Tidur dengan nyenyak]

313 Tin kosong [Orang yang hanya pandai bercakap, tetapi tidak tahu melakukannya]

314 Titik peluh [Usaha sendiri]

315 Tolak ansur [Bertoleransi atau saling memberi dan menerima]

316 Tulang belakang [Orang kuat di sesebuah pejabat atau pasukan]

317 Wang kopi / Wang teh [Wang yang diberi sebagai hadiah kerana mengerjakan sesuatu]

318 Zaman atom [Zaman yang mengejar kemajuan sains dan teknolog


D. KOLEKSI PERIBAHASA MELAYU
Baca peribahasa yang terdapat di bawah dengan teliti untuk mengetahui maksudnya bagi memudahkan anda mengenali peribahasa Melayu dengan lebih jelas dan tepat.

           
BIDALAN


 










1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [jika ingin hidup mewahmestilah berusaha]
2.       Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang
      yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan)
3.       Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]
4.       Berbual di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]
5.     Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar [Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu]
6.       Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak]
7.     Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap]
8.       Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian]
9.       Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]
10.   Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja mengikut aturan]
11.   Biar alah sabung, asalkan menang sorak [Tewas dalam perlawanan naun masih bercakap besar]
12.   Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati [Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia]
13.   Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal]
14.   Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil [Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah]
15.   Biar genting, jangan putus [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]
16.   Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas [Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat]
17.   Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati]
18.   Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban]
19.   Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma [Biar mati kerana membuat kebaikan daripada mati kerana membuat kejahatan]
20.   Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut [Menyimpan rahsia]
21.   Biar putih tulang jangan putih mata [Sanggup mati daripada menyerah kalah]
22.   Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]
23.   Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit jangan rugi banyak]
24.   Buang yang keruh, ambil yang jernih [Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik  sahaja]
25.   Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali [Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba]
26.   Cermat masa banyak, jimat masa sedikit [Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu]
27.   Cicir dipungut, hilang dicari [Jangan melakukan pembaziran]
28.   Daripada cempedak baiklah nangka [Lebih baik ada daripada tiada langsung]
29.   Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga [Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik]
30.   Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati [Jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati]
31.   Elok lenggang di tempat datar [Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya]
32.   Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya [Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang]
33.   Genggam bara api biar sampai jadi arang [Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya]
34.   Habis akal, baru tawakal [Sesudah habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan]
35.   Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga [Budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia]
36.   Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa [Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat]
37.   Hilang geli kerana geletek [Sesuatu yangc sudah biasa tidak berbekas kepada kita]
38.   Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis [Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta]
39.   Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak [Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing]
40.   Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak [Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan]
41.   Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru perbuatan yang buruk]
42.   Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan campuri urusan orang lain]
43.   Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa]
44.   Jangan didengarkan siul ular [Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh]
45.   Jangan difikir air pasang sahaja [Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik]
46.   Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang [Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru]
47.   Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis [Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak]
48.   Jangan lemparkan pancing tiada berumpan [Sia-sia mengharapakn sesuatu kalau tidak cukup syarat]
49.   Jangan mengukur baju orang di badan sendiri [Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri]
50.   Jangan punting berasap jua [Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, jangan diungkit-ungkitkan lagi]
51.   Jangan tercirit di periuk [Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang]
52.   Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan [Mendengar nasihat pakar]
53.   Kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga [Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan]
54.   Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup [Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan]
55.   Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk [Jangan dilewat-lewatkan sebarang kerja yang baik]
56.   Kusut di hujung balik ke pangkal [Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya]
57.   Mamah dulu baru telan [Melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mengikut peraturannya]
58.   Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ]
59.   Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang [Jika merantau ke negara asing, hendaklah melakukan perkara yang berguna dan tidak membuang masa begitu sahaja]
60.   Naik tangga dari bawah [Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba]
61.   Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai [Hidup akan senang kita berjimat cermat]
62.   Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi [Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita]
63.   Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang [Cita-cita tidak akan tercapai jika malas berusaha]
64.   Pipit itu pipit jugalah lawannya [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya]
65.   Sarang tebuan jangan dijolok [Jangan sengaja mencari kesusahan]
66.   Sediakan payung sebelum hujan [Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu]
67.   Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit [Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan]
68.   Segan berkayuh perahu hanyut [Orang yang malas berusaha akan menghadapi kesusahan]
69.   Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain [Tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya memperoleh kejayaan]
70.   Sempit bertimpuh, lega berlunjur [Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan denga pendapatan]
71.   Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah [Hendak bersatu padu agar beroleh kekuatan untuk menang]
72.   Sudah calit, jangan palit [Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita lakukan]
73.   Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga [Jika sesuatu kerja itu tidak dapat disudahkan dengan sekali gus, lakukanlah secara beransur-ansur]
74.   Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang [Jangan harapkan bantuan orang untuk berjaya]
75.   Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga [Tidak perlu menunjuk ajar orang yang memang mahir dalam pekerjaannya]
76.   Tali jangan putus, kaitan jangan sekah [Menyelesaikan pertelingkahan atau masalah dengan bijaksana dan adil]
77.   Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang [Jangan hina orang kecil, mana tahu dia dapat melebihi kita]
78.   Tercicir harus dibaliki [Apa-apa yang belum selesai hendaklah diselesaikan]
79.   Yang baik dipakai, yang buruk dibuang [Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu hendaklah dengan bijaksana]
80.   Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi [Membuat kerja biarlah sempurna jadinya]


PEPATAH



BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA













81.   Ada air, adalah ikan [Ada negeri tentulah ada rakyatnya]
82.   Ada angin, ada pokoknya [Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya]
83.   Ada bangkai adalah hering [Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat]
84.  Ada gula adalah semut [Di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah banyak  
       orang berkumpul]
85. Adakah buaya menolak bangkai? [Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat]
86.   Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras [Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya]
87.   Ada ubi ada batas, ada budi ada balas [Sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang baik juga]
88.   Ada udang di sebalik batu [Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan]
89.   Air dicencang tidak akan putus [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]
90.   Air digenggam tidak tiris [Orang yang kedekut atau terlalu cermat apabila berbelanja]
91.   Air mudik sungai, semua teluk diranai [Orang yang boros akan berbalanja tanpa perhitungan]
92.   Air pun ada pasang surutnya [Keadaan hidup seseorang tidak menentu, kadangkala susah]
93.      Air yang tenang jangan disangka tiada buaya [Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut]
94.      Alah bisa, tegal biasa [Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan]
95.      Alah jadi abu, menang jadi arang [Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang atau kalah, kedua-dua pihak mendapat kerugian]
96.      Alah membeli, menang memakai [Tidak mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit asalkan barang itu tahan lama]
97.      Alah sabung, menang sorak [Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap besar]
98.      Alang-alang berminyak biar licin [Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai]
99.      Alang-alang mandi biar basah/ Alang-alang berminyak biar licin [Melakukan sesuatu perlu sehingga selesai]
100.   Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan [Kalau sudah terlanjur dalam membuat sesuatu perbuatan yang tidak baik, biarlah dibuat sehingga memperoleh hasilnya]
101.   Anjing bercawat ekor [Orang yang menyisihkan dirinya kerana perasaan malu atau sebagainya]
102.   Anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, dicium ada juga [Orang yang pada suatu masa pernah berbuat jahat, sekali sekala teringat akan perbuatan jahatnya itu]
103.   Anjing ditepuk menjongket ekor [Orang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati akan menjadi sombong]
104.   Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis [Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerja tetapi orang yang melakukan kerja itu akan menghadapi kesukaran]
105.   Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada [Cukup mempunyai segala yang diperlukan]
106.   Aur ditanam betung tumbuh [Mendapat laba yang banyak dengan modal yang sedikit]
107.   Ayam baru belajar berkokok [baru cukup umur]
108.   Ayam berinduk, sirih berjunjung [Setiap orang yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan]
109.   Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan [Orang yang hidup miskin di negara yang kaya dan makmur/ Hidup menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau bersuamikan orang kaya]
110.   Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan lalang [Nasib yang malang]
111.   Ayam tak patuk, itik tak sudu [Seseorang yang hina dalam masyarakat]
112.   Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam [Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya]
113.   Bagaimana acuan begitulah kuihnya [Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya]
114.   Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya [Bagaimana perintah, begitulah seharusnya sesuatu itu dilakukan]
115.   Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh [Berasa hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh]
116.   Baharu bertatih hendak berlari, langsung tersembam [Melakukan sesuatu sebelum tiba masanya, akhirnya akan ditimpa kesusahan]
117.   Bahasa menunjukkan bangsa [Bahasa mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan sesuatu bangsa itu]
118.   Bakar air hendakkan abu [Membuat pekerjaan yang mustahil]
119.   Bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru? [Sesuatu perbuatan jahat yang besar tidak dapat disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai]
120.   Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam [Setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan, dan pendapat yang tidak sama]
121.   Barang tergenggam jatuh terlepas [Barang yang mungkin menjadi hak milik kita, tiba-tiba terlepas ke tangan orang lain]
122.   Baharu bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup [Belum banyak untungnya sudah berbelanja besar]
123.   Baharu dianjur, sudah tertarung [Baru hendak memulakan sesuatu sudah berhadapan dengan pelbagai masalah]
124.   Batu direbus masakan empuk [Orang yang bebal, bagaiamana diajar sekalipun tidak akan pandai]
125.   Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga [Lelaki yang belum cukup umur sudah mahu beristeri]
126.   Baung di bawah bangkar [Bunyi orang bersungut tetapi tidak jelas hujung pangkalnya]
127.   Belakang parang kalau diasah nescaya tajam [Bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika diasuh akhirnya dia akan pandai juga]
128.   Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang [Orang yang arif dan rajin]
129.   Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]
130.   Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [Belum ada keputusan]
131.   Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk [Kembali ke tempat asalnya]
132.   Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian [Menempuh kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan]
133.   Beranak tidak berbidan [Mendapat kesusahan kerana kesalahan sendiri]
134.   Berani kerana benar, takut kerana salah [Bertindak kerana berada di pihak yang benar]
135.   Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul [Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya]
136.   Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing [Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada susah atau mudah]
137.   Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah [Dua orang yang setaraf dan sepadan]
138.   Berhakim kepada beruk [Minta pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu mendapat kerugian]
139.   Berkerat rotan berpatah arang [Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh berbaik-baik semula]
140.   Berlindung di sebalik telunjuk [Hendak menyembunyikan sesuatu rahsia, sedangkan rahsia itu telah diketahui orang]
141.   Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap [Mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya, hanya akan mendatangkan kerugian]
142.   Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing [Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang]
143.   Bertanam tebu di bibir mulut [Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memuji]
144.   Bertemu buku dengan ruas [Bertemu lawan yang sama-sama handal]
145.   Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang [Perselisihan faham antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain juga yang beruntung]
146.   Besar periuk, besarlah keraknya [Besar pendapatan, besar pula perbelanjaan]
147.   Besar pasak daripada tiang, besar sandal daripada gelegar [Lebih besar belanja daripada pendapatan]
148.   Biduk lalu kiambang bertaut [Dua pihak yang berselisih faham akan berbaik semula sekiranya orang yang menjadi pengacau atau penghasut dapat disingkirkan]
149.   Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi [Ketua atau pemerintah yang telah hilang kuasanya tidak lagi ditakuti oleh orang bawahannya]
150.   Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut [Orang yang tidak mahu ditunjuk ajar langsung]
151.   Bukan tanah menjadi padi [Bukan tempatnya untuk berbuat baik]
152.   Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat [Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat]
153.   Bumi mana tak ditimpa hujan [Manusia tidak lepas daripada membuat kesalahan]
154.   Bunga disunting, perlu ditendang [Seorang suami yang hanya menyayangi isterinya tetapi membenci mentuanya]
155.   Bunga raya kembang pagi [Muka yang merah padam kerana marah akan sesuatu]
156.   Bunga mekar di taman, baunya semerbak ke mana-mana [Gadis yang cantik akan mashyur dan menjadi sebutan di mana-mana]
157.   Buruk perahu buruk pangkalan [Seorang suami yang telah bercerai dengan isterinya, tidak mahu menjenguknya lagi]
158.   Burung hantu kesiangan [Tidak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya]
159.   Burung terbang dipipiskan lada [Sesuatu yang dihajati belum tentu dapat tetapi rancangan untuk menggunakannya telah dibuat]
160.   Cacing hendak menjadi naga [Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang berpangkat tinggi]
161.   Cacing menelan naga [Orang lelaki daripada keturunan orang kebanyakan dapat berkahwin dengan anak gadis orang bangsawan]
162.   Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar [Orang yang cakapnya sahaja besar, hasil pekerjaan tiada]
163.   Cakap sejengkal dibawa sehasta [Perkara yang kecil diperbesar]
164.   Calak-calak ganti asah, menanti tukang belum datang [Dipakai untuk sementara belum ada yang lebih baik]
165.   Cari umbut kena buku [Mencari yang baik, mendapat yang buruk]
166.   Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]
167.   Cencaru makan petang [Pekerjaan yang dilakukan dengan lambat mendatangkan hasil yan baik dan lumayan]
168.   Condong ditumpil, lemah dianduh [Memberi pertolongan (kewangan, fikiran, dan sebagainya) kepada orang yang dalam kesusahan]
169.   Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan [Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu]
170.   Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri [Meneruskan sesuatu pekerjaan yang kurang berharga, mungkin akan mendatangkan hasil kelak]
171.   Dada manusia tidak dapat diselami [Isi hati atau fikiran seseorang itu tidak dapat kita ketahui]
172.   Dalam kilat ada kilau [Dalam percakapan yang terang atau biasa, ada sesuatu maksud yang tersembunyi]
173.   Daun mengenalkan pohonnya [Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengenali peribadinya]
174.   Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata [Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidk senonoh]
175.   Datang seperti rebut, pergi seperti semut [Sesuatu penyakit itu cepat merebak tetapi lambat pulih]
176.   Datang tak berjemput, pulang tak berhantar [Tetamu yang tidak penting]
177.   Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga [Tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak orang lain]
178.   Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk [Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya]
179.   Dengar cakap enggang, makan buah brluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk [Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah diusahakan dengan sungguh-sungguh dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang kerana diri sendiri yang akan menerima padahnya]
180.   Deras datang dalam kena [Pekerjaan yang dilakukan secara terburu-buru akan mendatangkan kerugian]
181.   Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat [Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaj]
182.   Diam penggali berkarat [Ilmu yang disimpan sahaja, lama-kelamaan akan hilang]
183.   Dianjak layu, dianggur mati [Keputusan yang tidak dapat diubah lagi]
184.   Dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam tidak basah, ditetak tidak putus [Tidak dapat dibuat apa-apa lagi terhadap seseorang yang keras hati atau berkuasa]
185.   Dibalik-balik bagai memanggang [Difikirkan semasak-masaknya]
186.   Dihujani kering, dijemur basah [Membuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain]
187.   Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan [Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai]
188.   Di mana anjing menyalak di situlah biawak memanjat [Jika hendak menyiasat sesuatu kejadian jahat, carilah puncanya di tempat kejadian itu]
189.   Di mana kayu bengkok, di situlah musang meniti [Tempat yang tidak dijaga dengan baik akan didatangi pencuri]
190.   Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala [Sudah menjadi adat, anak bergantung pada ayah dan yang miskin bergantung kepada yang kaya]
191.   Di mana tumbuh, di situ disiang [Jika terjadi sesuatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga]
192.   Ditelan mati emak, diluah mati bapak [Dalam keadaan serba salah]
193.   Dua badan senyawa [Dua orang yang berteguh janji taat setia sehidup semati; sangat karib]
194.   Dua kali dua empat [Dua orang yang sama sifat atau perangai]
195.   Duduk berkisar, tegak berpaling [Memungkiri apa-apa yang telah dikatakan dahulu]
196.   Duduk dengan cupak dan gantang [Mendapat ketua yang adil]
197.   Dulu besi sekarang timah [Seorang yang telah turun pangkat]
198.   Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat [Sesuatu yang hendak dilakukan, elok dibicarakan dahulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat]
199.   Emas berpeti, kerbau berkandang [Harta benda harus disimpan di tempat yang betul supaya selamat]
200.   Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang [Nasihat untuk kebaikan perlu disebut berulang kali]
201.   Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing[Orangyang mementingkan diri sendiri]
202.   Enau sebatang dua sigainya [Jika sesuatu pekerjaan mempunyai dua orang ketua, tentu hasilnya tidak menjadi/ Seorang isteri yang menduakan suami]
203.   Enggang lalu ranting patah [Orang yang pernah terlibat dalam jenayah, kebetulan berada di tempat berlakunya jenayah, tentulah dia disyaki walaupun dia tidak melakukannya]
204.   Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama [Hubungan, ikatan, atau jodoh yang sama taraf kedudukannya]
205.   Gagak bersuara murai [Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya]
206.   Gajah berak besar kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan [Seseorang yang berbelanja seperti orang kaya, akhirnya menderita]
207.   Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama [Orang yang berjasa akan dikenang selama-lamanya setelah meninggal dunia]
208.   Gajah mati, tulang setimbun [Apabila seseorang jutawan mati, tentu sekali banyak meninggalkan harta]
209.   Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah [Dua pihak yang berkuasa bergaduh, rakyat yang menderita]
210.   Gantung tak bertali, salai tak berapi [Seseorang suami yang meninggalkan isteri tanpa memberinafkah atau menceraikannya]
211.   Garam dikulum tidak hancur [Orang yang pandai menyimpan rahsia]
212.   Garam jatuh di air [Nasihat yang diterima dengan baik atau dipatuhi]
213.   Gayung tua, gayung memutus [Kata-kata orang tua biasanya benar dan tepat]
214.   Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan [Sesudah kaya atau berpangkat, tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarga sendiri]
215.   Geruh tak berbunyi, malang tak berbau [Kemalangan terjadi tanpa diketahui]
216.   Getikkan puru di bibir [Susah hendak membenci anak isteri sendiri walaupun perangai mereka buruk]
217.   Gigi dengan lidah adakala tergigit juga [Suami isteri atau sanak saudara adakalanya berselisih faham juga]
218.   Gigi tanggal, rawan murah [Keinginan yang datang sesudah tidak ada kesempatan lagi]
219.   Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali [Harta yang banyak akan habis sekiranya tidak ditambah]
220.   Hanya air dingin yang dapat memadamkan api [Kata-kata yang lemah lembut dapat menyejukkan hati yang marah]
221.   Hapus panas setahun oleh hujan sehari [Jasa atau kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit]
222.   Harapkan pagar, pagar makan padi [Orang yang diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu, mengkhianati kepercayaan itu]
223.   Hari guruh takkan hujan [Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul orang lain]
224.   Harimau mengaum tak makan orang [Orang yang marah-marah sambil bersungut, tidak berniat membenci atau menganiaya orang lain]
225.   Harimau menunjukkan belangnya [Orang yang menunjukkan kekuasaan atau keberaniannya]
226.   Harimau menyembunyikan kukunya [Orang yang berilmu tidak mahu menunjukkan kebolehannya]
227.   Hasrat hati hendak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampa[Tidak berdaya mencapai apa-apa yang dihajati atau dicita-citakan]
228.   Hati bak serangkak dibungkus [Sangat berharap akan mendapat sesuatu yang diingini]
229.   Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah [Pembahagian yang sama rata, beruntung banyak sama-sama mendapat sedikit]
230.   Hendak harum terlalu hangit [Kerana terlalu hendak meninggikan diri, akhirnya, mendapat malu]
231.   Hendak dapat pisang terkupas [Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha]
232.   Hendak seribu daya, hendak seribu dalih [Jika berkehendakkan sesuatu, akan berusaha untuk mendapatkannya tetapi jika tidak mahu melakukan sesuatu, berbagai-bagai alasan akan diberikan]
233.   Hendak terbang tiada bersayap, hendak hinggap tiada berkaki [Seseorang yang tidak berupaya membuat sesuatu]
234.   Hilang bahasa lenyap bangsa [Jika sesuatu bahasa itu tidak digunakan lagi bererti bangsanya pun sudah tidak ada/ Hilang budi bahasa, hilang darjat diri]
235.   Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong [Seseorang yang suka menonjol-nonjolkan dirinya kepada orang lain sedangkan orang berkenaan langsung tidak memberikan perhatian terhadapnya]
236.   Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah [Semasa hidup kita hendaklah mengikut peraturan atau adat yang ditetapkan, apabila sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan]
237.   Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang [Barang yang buruk tetapi berguna akan disimpan manakala barang yang cantik tetapi tidak berguna dibuang]
 238.   Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri [Walau baaimana mewah dan baik negara orang berbanding dengan negara sendiri, lebih baiklah berada di negara sendiri]
239.   Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung [Orang yang selalu memberikan pertolongan kepada orang lain yang mendapat kesusahan]
240.   Hujung lurus pangkal berkait [Orang yang pada zahirnya baik tetapi hatinya tidak]
241.   Hutang darah dibayar darah, hutang nyawa, nyawa padahnya [Tiap-tiap hukuman itu mestilah bersesuaian dengan kesalahannya]
242.   Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut suka duka [Membuat sesuatu yang didorong oleh hawa nafsu akhirnya mendatangkan kesusahan]
243.   Indah khabar daripada rupa [Keadaan sesuatu yang tidak sama seperti yang digambarkan]
244.   Ini hari orang, esok hari kita [Malang sukar ditentukan, oleh itu kita hendaklah sentiasa beringat-ingat]
245.   Intan disangka batu kelikir [Tidak mengetahui nilai (keadaan) yang sebenarnya]
246.   Intan itu jika terbenam di perlimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya [Kebenaran akan terserlah juga walaupun disembunyikan]
247.   Jauhari juga yang mengenal manikam [Orang yang bijaksana juga yang mengetahui kelebihan sesuatu ilmu]
248.   Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa [Jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat, begitu juga orang yang telah lama hidup banyaklah pengalamannya]
249.   Jauh panggang dari api [Jauh daripada yang dimaksudkan atau mustahil boleh berlaku]
250.   Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya [Hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati]
251.   Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang [Jika perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata tentang hal itu]
252.   Jika ular menyusur akar sekalipun tak akan hilang bisanya [Orang mulia atau berpangkat tinggi tidak akan jatuh darjatnya sekalipun dia bergaul dengan orang kebanyakan]
253.   Jiwa bergantung di hujung rambut [Dalam keadaan yang sangat mencemaskan dan berbahaya]
254.   Jual sutera beli mastuli [Mendapat ganti yang lebih berharga lagi]
255.   Kail sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut [Melakukan sesuatu tanpa membuat persediaan yang cukup untuk menghadapi sebarang kemungkinan]
256.   Kain basah kering di pinggang [Keadaan orang yang terlalu miskin]
257.   Kais pagi makan pagi, kais petang [Pendapatan yang diperoleh cukup untuk sehari sahaja]
258.   Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau [Orang yang berketurunan baik, ke mana-mana sahaja dia pergi akan tetap menjadi baik]
259.   Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi [Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripada satu pihak sahaja]
260.   Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar [Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan sebagai milik sendiri]
261.   Kalau dicampak bunga takkan dibalas dengan tahi [Budi baik seseorang tidak akan dibalas dengan kejahatan]
262.   Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang [Orang yang pandai membawa diri, hidupnya akan selamat]
263.   Kalau secupak takkan jadi segantang [Sesuatu yang sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi]
264.   Karam berdua basah seorang [Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi seorang sahaja yang dihukum]
265.   Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan [Jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi]

266.   Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan [Urusan peribadi boleh diputuskan sendiri tetapi urusan orang ramai perlu dirundingkan bersama-sama]
267.   Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni [Sama-sama menikmati kesenangan atau menghadapi kesusahan]
268.   Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa [Pengetahuan seseorang itu bukanlah diukur berdasarkan rupa/ umurnya]
269.   Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan [Menyatakan rasa terima kasih dan berbesar hati kerana nasihat atau pertolongan orang lain]
270.   Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? [Sifat seseorang ibu atau bapa sedikit banyak akan turun kepada anaknya]
271.   Kena parang bermata dua [Sangat menyakitkan hati (perasaan)]
272.   Kepala sama hitam, hati lain-lain [Lain orang, lain fikirannya]
273.   Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya [Segala janji yang telah dilafazkan mestilah ditepati]
274.   Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal [Sukar menjaga seorang gadis supaya nama baiknya tidak tercemar]
275.   Keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut manusia [Kata-kata seseorang itu lebih tajam daripada senjata]
276.   Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan [Kerja yang selalu ditangguh-tangguhkan tidak akan dapat diselesaikan]
277.   Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek [Kerja yang disuruh oleh ketua diutamakan daripada kerja sendiri]
278.   Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur [Orang yang miskin serta tidak berilmu tiada gunanya di kalangan orang banyak, tetapi kalau baik kelakuannya, ada juga faedahnya]
279.   Ketam menyuruh anaknya berjalan betul [Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu dengan betul sedangkan dia sendiri berbuat salah]
280.   Ke tengah boleh ke tepi pun boleh [Orang yang dapat menyesuaikan diri di mana-mana dia berada]
281.   Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang [Orang yang bijaksana selalu mencapai sesuatu maksud lebih dahulu daripada orang lain]
282.   Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi [Orang miskin yang bercakap besar dan berlagak seperti orang kaya]
283.   Kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan [Kesalahan orang walaupun kecil nampak tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari]
284.   Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari [Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak]
285.   Lagi terang lagi bersuluh [Sudah memahami sesuatu perkara tetapi masih bertanya lagi]
286.   Lain bengkak lain bernanah [Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dpersalahkan]
287.   Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hati [Manusia mempunyai sifat atau kehendak yang berbeza]
288.   Lain lubuk, lain ikannya [Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan]
289.   Lalang ditanam takkan padi yang tumbuh [Perbuatan yang jahat tidak akan mendapat balasan yang baik]
290.   Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan [Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan/ Segala usaha itu mesti ada kesukaran atau cabarannya]
291.   Lemak-lemak santan berlada [Kata-kata manis dan lemah lembut tetapi mengandungi sindiran yang tajam]
292.   Lembah diraih, pantai dititi [Sikap yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu perintah atau arahan]
293.   Lembu punya susu, sapi dapat nama [Orang lain yang membuat sesuatu pekerjaan, orang lain pula yang mendapat nama]
294.   Lembut gigi daripada lidah [Berkata-kata dengan lemah lembut dan merendahkan diri kerana berhajatkan sesuatu]
295.   Lempar batu sembunyi tangan [Membuat sesuatu yang tidak baik kemudian brpura-pura tidak tahu]
296.   Lenggang-lenggok bagai cupak hanyut [Gaya jalan yang lemah lembut dan menarik]
297.   Lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang [Kesalahan yang kita buat, kita juga yang menanggung akibatnya]
298.   Lepas bantal berganti tikar [Mengahwini saudara atau ahli keluarga isteri atau suami yang telah meninggal dunia]
299.   Luka sudah hilang, parut tinggal juga [Sungguh pun orang yang berselisih faham itu telah berdamai namun peristiwa itu tetap berbekas di hati masing-masing]
300.   Lulus jarum lulus kelindan [Kalau kehendak pertama itu tercapai kehendak lain akan tercapai juga]
301.   Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih [Jika hendakkan sesuatu, seseorang akan mencuba untuk mendapatkan dengan sedaya upayanya tetapi jika dia tidak mahu, pelbagai alasan akan diberikan]
302.   Makan hati berulam jantung [Perasaan sedih yang amat sangat]
303.   Makan keringat orang [Mengecap kesenangan dengan cara memeras orang lain]
304.   Makin murah makin menawar [Seseorang yang telah dituruti kehendaknya, berkehendakkan lebih lagi]
305.   Malu jika anak harimau menjadi anak kambing [Tidak patut anak orang baik-baik menjadi jahat]
306.   Malu bertanya sesat jalan [Kalau tidak mahu berusaha tentu tidak akan mendapat kejayaan]
307.   Manikam itu kalau jatuh ke limbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya [Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya]
308.   Mara jangan dicari, rezeki jangan ditolak [Bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali dicari tetapi jangan pula menolak sesuatu yang mendatangkan kebaikan]
309.   Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah [Disebabkan takut akan bahaya yang kecil, keuntungan yang besar dibuang akhirnya diri sendiri yang rugi]
310.   Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikuti adat resam masyrakat di situ]
311.   Masuk telinga kanan keluar telinga kiri [Nasihat dan pengajaran yang tidak diterima]
312.   Melentur aur/ buluh biarlah dari rebungnya [Mendidik anak hendaklah sejak kecil lagi kerana apabila sudah besar, susah hendak mendidiknya]
313.   Meludah ke langit, timpa atas batang hidung sendiri [Memburukkan keluarga sendiri, diri sendiri juga yang malu]
314.   Membasuh arang yang terconteng di muka [Menghilangkan aib]
315.   Membeli kerbau di padang [Melakukan sesuatu tanpa usul periksa lebih dahulu]
316.   Memberakkan periuk nasi sendiri [Mengkhianati tempat kita menumpang atau tempat kita bekerja]
317.   Membesarkan kerak nasi [Berbelanja lebih dan membazir]
318.   Membujur lalu melintang patah [Sanggup menghadapi sebarang tentangan atau dugaan]
319.   Memulangkan paku buah keras [Membangkitkan perkara yang sudah lepas]
320.   Menabur benih di atas batu [Berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi tentulah sia-sia]
321.   Menabur benih di tanah subur [Berbuat baik kepada orang yang tahu mengenang budi]
322.   Menahan lukah di pergentingan [Mencari keuntungan dalam keadaan kecemasan/ Mengambil kesempatan daripada orang yang susah]
323.   Menantikan kucing bertanduk [Mangharapkan sesuatu yang mustahil akan berlaku]
324.   Menantikan nasi disajikan ke lutut [Seseorang yang malas berusaha tetapi mengharapkan kesenangan datang kepadanya]
325.   Mencurahkan air di daun keladi [Memberikan nasihat kepada orang yang tidak mahu menerimanya]
326.   Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan [Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang]
327.   Menetak dengan belakang parang [Menyuruh orang malas bekerja]
328.   Mengata dulang paku serpih, mengata orang dirinya yang lebih [Menegur keburukan orang, sedangkan keburukan diri sendiri tidak disedari]
329.   Minyak takkan bercampur dengan air [Sesuatu yang tidak dapat disatukan]
330.   Muka ditampal kulit babi [Orang yang berasa amat malu]
331.   Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya [Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersebar ke mana-mana sahaja]
332.   Murai berkicau hari siang [Sesuatu yang sudah terang dan nyata]
333.   Naga ditelan ular lidi [Anak orang bangsawan berkahwin dengan orag kebanyakan]
334.   Nak menangguk ikan, tertangguk batang [Mengharapkan untung tetapi mendapat kerugian]
335.   Nasi masak periuk pecah [Hukuman yang telah dijatuhkan tidak boleh diminta belas kasihan lagi]
336.   Nasi sama ditanak, kerak dimakan seoran[Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan tetapi keuntungannya diambil seorang]
337.   Nasi sudah menjadi bubur [Sesuatu yang sudah terlanjur tidak dapat dibetulkan lagi]
338.   Nasi tak dingin, pinggan tak retak [Cermat melakukan sesuatu pekerjaan]
339.   Nasib penyapu, banyak jasa [Turun darjat terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri]
340.   Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan [Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada]
341.   Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa [Jika orang telah berbudi kepada kita, kita harus membalasnya dengan baik]
342.   Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah [Orang lain yang membuat kesalahan, orang lain pula yang menerima akibatnya]
343.   Orang mandi berselam, kita mandi bertimba [Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat keuntungan kecil]
344.   Orang mencubit, kita menampar [Cara membuat sesuatu berlainan tetapi kesannya sama sahaja]
345.   Orang mengantuk disorongkan bantal [Mendapat sesuatu yang diinginkan tentulah berasa gembira]
346.   Padi setangkai bernas semuanya [Keluarga yang hidup beruntung dan berbahagia]
347.   Patah kemudi perahu hanyut [Apabila ketua sesuatu kumpulan telah tiada, keadaan kumpulan itu akan menjadi kucar-kacir]
348.   Patah tumbuh hilang berganti [Sesuatu yang hilang itu ada gantinya]
349.   Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung [Orang yang mendapat sesuatu dengan banyak berdiam diri sahaja sedangkan orang yang mendapat sesuatu dengan sedikit, heboh memberitahu orang lain tentang hal itu]
350.   Perahu papan bermuat intan [Menunjukkan jodoh yang tidak sesuai]
351.   Pinang pulang ke tampuk [Sesuatu benda yang sesuai pada tempatnya/ Suami isteri yang telah bercerai berbalik semula]
352.   Pipit hendak meminang enggang [Ingin membuat sesuatu di luar kemampuan diri]
353.   Pipit pekak makan berhujan [Sangat rajin]
354.   Pokok yang besar juga yang dinaiki sakat [Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya]
355.   Pucuk dicita, ulam mendatang [Mendapat sesuatu yang lebih baik daripada yang diharapkan]
356.   Pukul anak sindir menantu [Memarahi seseorang tetapi sebenarnya kemarahan itu ditujukan kepada orang lain]
357.   Punggur rebah belatuk menumpang mati [Jika orang yang menjadi pelindung atau penaung jatuh, anak buahnya turut menerima akibatnya]
358.   Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah [Raja atau pemerintah yang adil dan saksama akan disayangi rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci oleh rakyat]
359.   Rajin bekerja mudah belanja [Orang yang rajin sentiasa murah rezeki]
360.   Rantai besi dimakan bubuk [Cerita yang tidak logik]
361.   Rasa pedih cuping telinga [Berasa marah kerana mendengar kata-kata yang menyakitkan hati]
362.   Rebung tidak jauh dari rumpun [Perangai anak tidak jauh bezanya daripada perangai ibu bapa mereka]
363.   Rezeki helang takkan dapat dimakan oleh musang [Rezeki seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain]
364.   Ringan mulut berat punggung [Pandai bercakap sahaja tetapi malas bekerja]
365.   Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul [Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama]
366.   Ringan tulang berat perut [Rajin bekerja mudah belanja]
367.   Rosak anak oleh menantu [Orang yang dikasihi merosakkan harta yang diberikan kepadanya]
368.   Rosak badan kerana mulut [Mengeluarkan kata-kata kasar terhadap seseorang tanpa berfikir panjang yang boleh menyusahkan diri sendiri]
369.   Rosak bawang ditimpa jambak [Rosak nama atau maruah seseorang kerana kelakuannya sendiri]
370.   Rosak tapai kerana ragi [Pekerjaan yang dibuat tanpa berhati-hati tidak akan sempurna]
371.   Rumah sudah pahat berbunyi [Mengemukakan pendapat setelah perkara itu dibuat keputusan]
372.   Rumah terbakar tikus habis keluar [Apabila berlaku sesuatu malapetaka di sesebuah negara, rakyat negara itu akan melarikan diri]
373.   Runcing taduk berbelang kening [Sudah terkenal jahatnya]
374.   Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk [Sama-sama ikut bertanggungjawab]
375.   Sambil berdiang, nasi masak [Membuat dua kerja dalam satu masa]
376.   Sambil menyelam minum air [Membuat dua pekerjaan dalam satu masa]
377.   Sebesar-besar bumi ditampar tak kena [Perkara yang kelihatan mudah tetapi sukar untuk membuatnya]
378.   Sebusuk-busuk daging dibasuh, dikincah dimakan jua [Walau bagaimana jahatnya keluarga atau keluarga atau kaum kerabat, tidak sampai hati membiarkannya]
379.   Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang [Pada masa ada mata pencarian tidak boleh hidup senang, inikan pula tanpa pekerjaan]
380.   Sekali air bah sekali pantai berubah [Lain ketua lainlah pula kemahuannya]
381.   Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu [Sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada masa akan datang]
382.   Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga [Walau bagaimana pandai seseorang itu pasti akan melakukan kesilapan]
383.   Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga [Orang yang tidak mengendahkan kemajuan dan perubahan]
384.   Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna [Tiap-tiap sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat hendaklah difikir terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian hari]
385.   Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan [Kalau tidak mencapai kata sepakat dalam perundingan, hendaklah berbalik kepada pokok persoalannya]
386.   Siapa makan nangka, maka kena getahnya [Siapa yang membuat kesalahan dia sendiri yang menanggung akibatnya]
387.   Siapa makan cili dialah berasa pedas [Siapa yang melakukan kesalahan, dialah yang terasa bersalah apabila orang lain menyindirnya]
388.   Si bingung makanan si cerdik [Orang yang bodoh seringkali diperdayakan oleh orang yag cerdik]
389.   Si kudung mendapat cincin [Orang yang mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu menggunakannya dengan baik]
390.   Si mandul baru beranak [Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang tidak disangka-sangka]
391.   Sirih naik junjungan patah [Baru hendak memperoleh kesenangan tiba-tiba mendapat kecelakaan]
392.   Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi [Orang yang mendapat sesuatu yang lebih baik, yang lama ditinggalkannya]
393.   Sudah diludah, dijilat balik [Sudah dicela atau dibuang, dipuji dan diambil semula]
394.   Sudah gaharu cendana pula [Bertanya akan sesuatu perkara yang memang sudah diketahui]
395.   Sudah jatuh ditimpa tangga [Mendapat kemalangan yang berturut-turut]
396.   Sudah menjadi abu arang [Dalam keadaan yang telah rosak binasa]
397.   Sudah patah yang bertaji [Orang yang ditakuti dan disegani sudah tiada lagi]
398.   Sudah terhantuk baru tengadah [Beringat-ingat hanya selepas ditimpa sesuatu muslihat]
399.   Sukakan kemenyan, dibakar [Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya]
400.   Tak dapat tanduk telinga dipulas [Sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan dapat membalas dendam]
401.   Takkan buaya menolak bangka[Orang yang berperangai jahat susah hendak meninggalkan perangai buruk itu]
402.   Takkan pisang berbuah dua kali [Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu]
403.   Takkan sama getah daun dengan getah batang [Kasih sayang terhadap anak sendiri tidak akan sama dengan anak saudara yang ada dalam jagaan kita]
404.   Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga [Tak tahan merantau akhirnya balik ke kampungnya semula]
405.   Tak tahu membalas guna [Tidak tahu membalas budi orang]
406.   Tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket [Tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri]
407.   Takut jatuh lain tertiarap, takut titik lalu tumpah [Takut rugi sedikit langsung rugi banyak]
408.   Tanam padi lalang yang tumbuh [Berpenat lelah membuat sesuatu untuk mendapatkan keuntungan, akhirnya tidak mendapat apa-apa pun]
409.   Tatang (Menatang) di anak lidah [Sangat mengasihi anak isteri]
410.   Tebas buluh serumpun [Merosakkan nama keluarga kerana perbuatan yang tidak baik]
411.   Tebu habis manis, sepah dibuang [Seorang isteri yang diceraikan setelah kecantikannya tidak menarik lagi]
412.   Telinga yang lembut itulah selalu dipulas orang [Orang yang lemah lembut dan murah hati kerap menjadi suruhan orang]
413.   Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya [Orang yang bijaksana dan berpengetahuan tinggi tidak akan menonjolkan diri]
414.   Tepuk dada tanya selera [Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis]
415.   Terkilat ikan dalam air, sudah tahu jantan betina [Orang yang bijaksana dapat mengetahui maksud seseorang daripada gerak-gerinya]
 416.   Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik [Berfikir baik-baik sebelum bercakap kerana kata-kata yang telah diucapkan tidak dapat ditarik balik]
417.   Terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau [Setelah terlepas daripada satu bahaya, mendapat bahaya yang lain pula]
418.   Tiada beban batu digalas [Mencampuri hal orang lain dan menyusahkan diri sendiri]
419.   Tiada gading yang tak retak [Walau bagaimana elok sekalipun sesuatu atau seseorang itu tentu ada cacatnya]
420.   Tiada rotan akar pun berguna [Kalau tidak ada barang yang terbaik, barang yang kurang baik pun boleh digunakan juga]
421.   Tidak sama air hujan dengan air telaga [Tidak sama orang yang mulia dengan orang yang hina]
422.   Tidur tak lena, mandi tak basah [Bersusah hati kerana terlalu memikirkan sesuatu]
423.   Tinggal kain sehelai sepinggang [Kehabisan harta kerana ditimpa kecelakaan]
424.   Tong yag kosonglah yang selalu berkocak [Orang yang tidak berilmu selalu bercakap besar]
425.   Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi [Orang tua yang berperangai seperti orang muda]
426.   Tukang tidak membuang kayu [Orang yang cerdik selalu berhemat atau berhati-hati dalam segala perkara]
427.   Tunggang hlang berani mati [Tidak gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela agama, bangsa, dan negara]
428.   Tunggul terbakar di tengah huma [Rupa yang hitam]
429.   Untung sepanjang jalan, malang sekejap mata [Untuk berjaya sangat susah, untuk gagal sangat mudah]
430.   Ukur baju di badan sendiri  [Tiap-tiap sesuatu yang dibuat, mestilah berpadanan dengan kemampuan diri sendiri]
431.   Ular dipalu biarlah mati, pemalu  janganlah patah, tanah janganlah lembang [Apabila membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan cermat, bijak, dan berhati-hati]
432.   Ulat di dalam batu pun hidup juga [Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan]
433.   Untung sabut timbul, untung batu tenggelam [Kalau nasib seseorang itu baik, dia akan mendapat keuntungan tetapi kalau sebaliknya, dia akan kerugian]
434.   Upah bidan pun tak terbayar [Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapa]
435.   Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa [Dengan memperhatikan perangai seseorang dapatlah kita menilai asal keturunannya sama ada daripada baka yag baik atau daripada baka yang tidak baik]
436.   Walau disepuh emas lancang, kilat tembaga tampak juga [Bagaimana diajar sekalipun, orang yang biadab itu kelihatan juga perangainya yang kurang baik]
437.   Wayang kepadaman damar [Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba]
438.   Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan [Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya]
439.   Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher [Orang yang menjadi penjamin kepada seseorang yang berhutang terpaksa membayar hutang tersebut apabila orang yang berhutang itu melarikan diri]
440.   Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang [Seseorang yang bertuah akan mendapat rezeki di mana-mana sahaja]
441.   Yang bongkok juga dimakan sarung [Orang yang bersalah tetap akan menerima hukuman]
442.   Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam [Orang yang malas disuruh mengawasi orang yang malas, akhirnya sia-sia belaka]
443.   Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran [Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti lalu barang yang ada dibuang]
444.   Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat [Tidak pernah berasa puas dengan sesuatu perolehan]
445.   Yang tajam tumpul, yang bisa tawar [Dengan kata-kata yang lemah lembut dapat menyelesaikan segala sengketa]