Tuesday 21 October 2014



Kesalahan Ejaan PT3 
(Oleh : Cikgu Rashid Lewan)


Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Latihan 1

1. Nasi beryani yang dijual di warung itu mendapat 
    sambutan yang menggalakkan terutama pada bulan 
    Ramadan.
    beriani

2. Golongan yang bertaqwa dan beriman sememangnya 
    dituntut menunjukkan contoh yang baik kepada orang 
    ramai.
    bertakwa

3. Kenaikan harga telor ayam yang mendadak menjelang 
    musim perayaan berpunca daripada sikap peniaga yang 
    menangguk di air keruh.
    telur

4. Sepanjang bulan Febuari, semua sekolah perlu 
    merancang untuk menganjurkan kejohanan sukan 
    tahunan dan acara merentas desa.
    Februari

5. Pihak berkuasa perlu mempastikan agar kes kemasukan 
    pendatang tanpa izin dapat dikurangkan demi menjaga 
    imej negara.
    memastikan

6. Semangat bersatu-padu perlu diterap dalam jiwa para 
    pelajar dalam usaha mengeratkan hubungan antara 
    kaum.
    bersatu padu

7. Para penonton yang hadir tertawa terbahak-bahak 
    semasa menyaksikan filem komidi yang mencuit hati itu.
    komedi

8. Hujah para pembahas dalam pertandingan perbahasan 
    itu amat mengkagumkan para panel juri yang mengadili 
    acara berkenaan.
    megagumkan

9. Salah satu langkah kerajaan dalam usaha memajukan 
    barangan tempatan ialah menghadkan pengimportan 
    barangan berjenama dari luar negara.
    mengehadkan

10. Perlaksanaan sekolah satu sesi memudahkan banyak 
      urusan pentadbiran dan pengurusan.
     pelaksanaan

11 comments:

  1. SESIAPA YANG MELAWATI L.BLOG INI, MINTA BERIKAN KOMEN ATAU KONGSI. TERIMA KASIH.
    DRP; CIKGU RASHID

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Maaf jawapan akan dibincangkan di dalam kelas

      Delete
    2. Mengapakah tidak ada jawapan ?

      Delete
  3. assalamualaikum cikgu rashid,,,sy mohon kebenaran utk guna bahan ini utk pelajar saya boleh?..terima kasih banyak2 cikgu

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum cikgu rashid,,,sy mohon kebenaran utk guna bahan ini utk pelajar saya boleh?..terima kasih banyak2 cikgu

    ReplyDelete
  5. Terima kasih banyak,bahan yg sangat membantu dalam PNP

    ReplyDelete
  6. Terima kasih banyak,bahan yg sangat membantu dalam PNP

    ReplyDelete
  7. Terima kasih banyak,bahan yg sangat membantu dalam PNP

    ReplyDelete
  8. Saya ambil bahan ini untuk latihan kepada pelajar. terima kasih. mohon halal cikgu

    ReplyDelete
  9. terima kasih, bahan membantu dalam pdpc

    ReplyDelete