Friday 26 September 2014


Menukarkan ayat PT3
( Oleh : Cikgu Rashid Lewan )


A. Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa 
     mengubah maksud asalnya.

Latihan 1

1. Encik Razak menghantar anak lelakinya ke sekolah 
    berasrama.

2. Mereka telah menyusun kerusi dan meja di dewan kuliah 
    umum pada pagi tadi.

3. Bapa saya selalu membersihkan semak samun di 
    belakang rumah pada setiap bulan.

4. Ibu telah menyelimutkan adik yang kesejukan itu dengan 
    sehelai kain.

5. Semua murid telah menyetujui cadangan Cikgu Abdullah 
    itu.

6. Pustakawan di perpustakaan Universiti Industri Selangor 
    itu sedang mengelaskan buku kepada beberapa kategori.

7. Mereka menaiki bas Ekspres Maju untuk ke Kuala 
    Lumpur.

8. Pekedai itu menjual alat-alat tulis di kedainya.

9. Awak telah meminjam buku cerita saya pada minggu 
    lepas.

10. Saya akan mengemaskan bilik adik setiap pagi, sebelum 
      saya pergi ke sekolah.



B. Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa 
    mengubah maksud asalnya.

Latihan 1

1. Ibu yang sedang berehat di beranda kuambilkan segelas 
    air.

2. Program Nilam dilancarkan oleh pihak sekolah sejak 
    tahun 2006 lagi.

3. Kanak-kanak yang hilang itu telah berjaya ditemukan oleh 
    pihak polis pada pagi Ahad kelmarin.

4. Kesalahan dalam kes itu diakui oleh gadis pendatang 
    asing itu.

5. Rumahnya sering dikunjungi oleh saudara-mara pada 
    setiap hujung minggu.

6. Keropok-keropok yang telah dipotong nipis-nipis itu telah 
    dijemur oleh pekerja-pekerja di kilang pemprosesan 
    keropok itu.

7. Bilik tidur ibu telah saya kemas pagi tadi.

8. Pentas di dewan itu telah kami hias dengan cantiknya.

9. Kereta Encik Borhan yang rosak itu telah dibaiki oleh 
    Kamal.

10. Pesalah itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati 
      oleh mahkamah.



C.Tukarkan ayat songsang di bawah ini kepada ayat biasa 
    tanpa mengubah maksud asalnya.


Latihan 1

1. Tidur bertilamkan  simenlah pengemis-pengemis itu.

2. Telah menelan ubatlah pesakit yang berbadan gemuk itu.

3. Sedang melayan pengunjung restorannya lelaki 
    berbangsa India itu.

4. Kawan yang amat rapat dengan saya dialah.

5. Akhirnya siap juga projek pembangunan pasar raya yang 
    terbengkalai itu.

6. Diharunginya dengan sabar dan tawakal saat-saat 
    genting dalam hidup.

7. Tetap menghantar anak-anaknya ke kelas tuisyen 
    walaupun berpendapatan kecil Encik Basiran.

8. Benar belaka semua khabar angin tentang salah laku 
    tokoh politik itu.

9. Merancang perbelanjaan untuk mengelakkan pembaziran 
    ketika berbelanja Puan Salmah.

10. Sedang bermain bola di padang yang luas itu mereka.



D. Tukar ayat biasa di bawah ini kepada ayat songsang 
    tanpa mengubah maksud asalnya.


Latihan 1

1. Bilangan pendatang asing ke negara kita semakin 
    meningkat dari setahun ke setahun.

2. Murid yang cacat pendengaran itu gigih sungguh 
    mengulang kaji pelajaran.

3. Ayah masih belum pulang dari pejabat walaupun sudah 
    pukul 9.00 malam.

4. Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di halaman rumah 
    dengan riang.

5. Beberapa orang murid sedang berbincang tentang tajuk 
    karangan di dalam perpustakaan.

6. Ramli dan Razali akan menyaksikan perlawanan bola 
    sepak di padang sekolah pada petang nanti.

7. Shamugam terpaksa menangguhkan hasratnya untuk ke 
    Bali kerana ibunya telah meninggal dunia pagi tadi.

8. Peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini 
    kian ketara kerana penguatkuasaan undang-undang 
    yang kurang tegas.

9. Amalan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang 
    sihat adalah penting untuk menghindari penyakit kronik.

10. Para pelajar itu amat rajin membuat latihan Bahasa 
      Melayu.



E. Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada bentuk cakap pindah.


Latihan 1


1. "Bagaimana kalau kita berlatih badminton bersama-sama pada petang ini," 
    Anuar memberikan cadangan kepada Ramli.

2. Azza : Hai, Farah! Semalam awak tidak datang ke rumah Farhana. Mengapa?

3. "Bagaimanakah kamu mengulang kaji pelajaran, Salwa?" tanya Ina.

4. "Jika kalian ada kelapangan, datanglah ke rumah saya malam ini," kata Salleh 
     kepada kawan-kawannya.

5. "Maafkan saya, cikgu, saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana basikal saya 
    rosak," kata Arni kepada Cikgu Salimah.


6. "Kamu hendaklah berhati-hati semasa meniti titi itu," kata Cikgu Nazri kepada 
    murid-muridnya.

7. "Saya meminta maaf kalau ada perbuatan saya selama ini yang menyinggung 
    perasaan nenek," kata Jamil sambil bersalam dengan Nenek Timah.

8. "Di manakah letaknya Kampung Teluk Jawa? tanya Intan kepada Salina.

9. "Berapakah jumlah peserta yang mengambil bahagian dalam program anak 
    angkat di Pulau Tioman itu? tanya Arif kepada Teng Sheng.

10. "Kami hendak pergi ke perpustakaan awam selepas makan ais kacang di 
      gerai Pak Fais," kata Zahira dan Alisa kepada Sumi.












11 comments: