Friday 26 September 2014


Penganalisisan Ayat

A. Kenal pasti dan tulis Subjek dan Predikat bagi setiap ayat di bawah ini.

1. Sungai Plentong semakin hari semakin tohor sehingga 
    airnya sampai ke paras lutut.


2. Orang tua yang tinggal di hujung kampung dan dikenali 
    sebagai Pak Hitam itu, sebenarnya ialah seorang pejuang 
    kemerdekaan tanah air kita.

3. Pada setiap hujung minggu, Isyraf dan adiknya akan 
    menziarahi nenek mereka Wah, yang tinggal di kampung 
    itu.

4. Catur merupakan permainan minda yang diperkenalkan 
    oleh orang Arab ke Benua Eropah selepas Semenanjung 
    Liberia ditakluki pada kurun kelapan.

5. Hisham yang berjalan sambil membimbit sebuah raga 
    yang sederhana besarnya, melaung-laungkan suara yang 
    tinggi menjaja nasi lemak dan kuih koci buatan ibunya.

6. Setelah puas merenung ke arah samudera yang luas 
    terbentang di hadapan mereka, Hakimah mengajak Ayu 
    pulang ke rumahnya.

7. Taraf hidup yang tinggi di bandar membebankan 
    golongan miskin.

8. Ribut yang kencang malam tadi telah meranapkan 
    beberapa buah rumah penduduk kampung itu.

9. Kejadian banjir yang teruk melanda beberapa negeri  di 
    pantai timur.

10. Pasukan Bola Sepak Remaja Kebangsaan telah 
      menewaskan Kelab Bola Sepak Singapura.

B. Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama 
(FN + FS)

1. Wanita itu sahabat pena kakak saya.
    FN+FN

2. Buku cerita yang tebal itu sangat mahal.
    FN+FA

3. Bas Ekspres Nasional itu dari utara.
    FN+FS

4. Perdana Menteri akan merasmikan majlis itu.
    FN+FK

5. Kek coklat itu sedap rasanya.
    FN+FA

6. Para doktor sedang merawat mangsa-mangsa kebakaran 
    itu.
    FN+FK

7. Mak Busu sentiasa sibuk di dapur.
    FN+FA

8. Kak Siti ke pasar malam.
    FN+FS

9. Puan Badariah sedang menganyam tikar mengkuang.
    FN+FK

10. Anak saudara saya pemain badminton negara.
     FN+FN

C. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian kenal pasti ayat-ayat tersebut sama ada Ayat Penyata, Ayat Perintah, Ayat Seruan atau Ayat Tanya.

1. Puan Siti baru sahaja melahirkan seorang cahaya mata 
    perempuan.
    Ayat penyata

2. Ayah pulang dari Arab Saudi bila?
    Ayat tanya

3. Ambilkan saya segelas air di atas meja itu.
    Ayat perintah

4. Usahlah dikenang peristiwa pahit  itu lagi.
    Ayat perintah

5. Tarikh perkahwinan anak kamu itu bila?
    Ayat tanya

6. Ah, jangan haraplah aku akan ke rumahnya lagi!
    Ayat seruan

7. Bagaimanakah cara membuat kek lapis itu?
    Ayat tanya

8. Latihan itu mesti kamu hantar kepada saya esok.
    Ayat perintah

9. Jangan kunjingi pesakit selepas pukul 8.30 malam.
    Ayat perintah

10. Pasukan Rumah Merah telah memenangi acara lompat 
      tinggi.
      Ayat penyata

D. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian tentukan sama ada ayat tersebut ayat Ayat Suruhan, Ayat Larangan, Ayat Silaan atau Ayat Permintaan.

1. Pergi kau ke sana.
    Ayat suruhan

2. Usahlah ditanya ke mana aku pergi.
    Ayat larangan

3. Jangan pergi ke tempat itu.
    Ayat larangan

4. Silalah datang ke rumah saya.
    Ayat silaan

5. Minta tuan-tuan datang awal ke majlis itu nanti.
    Ayat permintaan

6. Keluar dari rumah ini.
    Ayat suruhan

7. Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.
    Ayat larangan

8. Jemputlah makan.
    Ayat silaan

9. Jangan ulangi perbuatan itu lagi.
    Ayat larangan

10. Ambil buku itu.
      Ayat suruhan


19 comments:

  1. SESIAPA YANG MELAWATI L. BLOG INI, MINTA BERIKAN KOMEN ATAU KONGSI. TERIMA KASIH.
    DRP: CIKGU RASHID.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu, mohon share dan saya nak jawapan boleh? Terima kasih
      afiqafitria@yahoo.com

      Delete
    2. cikgu, mohon share dan saya nak jawapan boleh? Terima kasih
      afiqafitria@yahoo.com

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. please share me the answer😁

    ReplyDelete
  3. please share me the answer of subject and predicat

    ReplyDelete
  4. sarkunan10@gmail.com...tolong hantar jawapan k..

    ReplyDelete
  5. sarkunan10@gmail.com...tolong hantar jawapan k..

    ReplyDelete
  6. othmanfaizalmohd@gmail.com... bole share jawapan subjek predikat?

    ReplyDelete
  7. Mohon share jawapan subjek predikat @harukawahikari tqsm

    ReplyDelete
  8. Mohon share jawapan subjek predikat @harukawahikari tqsm

    ReplyDelete
  9. Mohon share jawapan subjek predikat @harukawahikari tqsm

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Cikgu, mohon jawapan. Terima kasih.
    E-mel: aisze_85@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. cikgu. mohon hantar jawapan subjek dan predikat tu.
    fakrulaiman46@gmail.com
    terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  13. Email jawapan subjek predikat..
    Tylladerlabelle@gmail.com
    Tq..

    ReplyDelete
  14. terima kasih Cikgu. Mohon dihalalkan segala ilmu cikgu yang saya guna

    ReplyDelete