Monday 3 November 2014

KATA BILANGAN

Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis;

1.  Kata Bilangan Tentu
     Contohnya, satu, sepuluh, seribu, tiga juta, dan 
     seterusnya.
     Contoh ayat
     (a)  Dua buah rumah telah hangus dijilat api dalam 
           kejadian kebakaran yang berlaku malam kelmarin.
     (b)  Sebanyak sepuluh ribu orang telah membanjiri 
           stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak 
           itu.

2.  Kata Bilangan Tidak Tentu
     Contohnya, seluruh, segala, semua, sekalian, beberapa
     para
     Contoh ayat
     (a) Semua guru sedang bermesyuarat di dalam bilik 
          guru.
     (b) Seluruh kawasan tanah rendah di pekan itu dinaiki air 
          berikutan hujan lebat malam tadi.

3.  Kata Bilangan Pecahan
     Contohnya, setengah, du pertiga, separuh, lima 
     persepuluh
     Contoh ayat
     (a) Setengah daripada kek itu diberikan kepada Mak Jah.
     (b) Dia menggunakan tiga perempat daripada kertas itu 
          untuk membuat layang-layang.

4.  Kata Bilangan Himpunan
     Contohnya , berguni-guni, berhari-hari, berbulan-bulan
     beratus-ratus, berjuta-juta
     Contoh ayat
     (a) Kedua-dua orang murid itu telah diberi amaran oleh 
          guru besar.
     (b) Berjuta-juta orang di seluruh dunia telah disahkan 
          menghidap penyakit yang berbahaya itu.

5.  Kata Bilangan Pisahan
     Contohnya, setiap, tiap-tiap, masing-masing
     Contoh ayat
     (a) Masing-masing pelajar dikehendaki membawa buku 
          teks ke sekolah esok.
     (b) Tiap-tiap hari Ahmad, Siti, dan Ramu pergi ke sekolah 
          dengan menaiki bas.

6.  Kata Bilangan Tingkat
     Contohnya, pertama, kedua, ketiga, keempat dan 
     seterusnya.
     Contoh ayat
     (a) Siti mendapat tempat kedua dalam pertandingan 
          mewarna yang dianjurkan oleh pihak sekolahnya.
     (b) Anak Pak Arif yang keempat telah meninggal dunia 
          akibat kemalangan jalan raya.

Latihan 1

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan kata bilangan 
yang paling sesuai.

1.  Sekolah akan ditutup selama...............minggu mulai hari 
     Jumaat ini. ( tiga, semua, tiap-tiap )

2.  Ramesh mendapat tempat.............dalam acara larian 
     100 meter. ( beberapa, setengah, kedua )

3.  .................ibu bapa tidak menghiraukan penglibatan 
     anak-anak mereka dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
     ( Semua, setengah, sesetengah )

4.  ...............orang pelajar yang menghisap rokok di dalam 
     tandas itu akan dikenakan hukuman rotan. ( Semua, 
     Setiap, Ketiga-tiga )

5.  ................banyak projek akan dilaksanakan oleh pihak 
     kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-4. ( Setengah, 
     Semua, Beberapa )

6.  Pak Samad akan menggunakan..................daripada 
     tanah di kebunnya itu untuk ditanami dengan pokok 
     durian. ( dua pertiga, lima, semua )

7.  Keluarga Encik Ramli sudah................menetap di Pulau 
     Langkawi, Kedah. ( berhari-hari, bertahun-tahun, 
     berabad-abad )
8.  ...................pelajar dikehendaki berhimpun di padang 
     sekolah untuk mendengar taklimat ringkas daripada guru 
     sukan mereka. ( Dua puluh, Sesetengah, Sekalian )

9.  Dia telah menunggu saya di situ selama....................jam.
     ( sesetengan, suku, semua )

10.  ............pelajar diwajibkan bergiat aktif dalam bidang 
       kokurikulum di sekolah. ( Tiap-tiap, banyak, beberapa )


3 comments:

  1. SESIAAPA YANG MELAWATI L.BLOG INI, MINTA BERIKAN KOMEN ATAU KONGSI. TERIMA KASIH.
    DRP: CIKGU RASHID.

    ReplyDelete
  2. MOHON SHARE,,TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

    ReplyDelete