Wednesday 1 October 2014


MENULIS ULASAN ( Bahagian C)

A. Gambar-gambar di bawah menunjukkan beberapa permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Tulis ulasan tentang permainan tersebut yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.





          Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan  untuk mempopularkan permainan tradisional. Hal ini demikian kerana permainan ini banyak mempunyai faedahnya. Antara faedahnya ialah permainan ini dapat dijadikan produk pelancongan yang menguntungkan negara. Banyak pelancong yang datang ke negara kita untuk melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di Malaysia.  Selain   itu, permainan ini dapat dijadikan sumber hiburan yang menyeronokkan. Seterusnya, bermain permainan tradisional dapat mengisi masa lapang kita dengan aktiviti yang berfaedah. Permainan tradisionl merupakan warisan budaya negara yang harus dikekalkan supaya tidak pupus ditelan zaman. Tuntasnya, kita perlu mengembalikan kegemilangan permainan tradisional kerana permainan ini banyak mendatangkan faedah kepada rakyat dan negara.


B. Lihat gambar Gaya Hidup Sihat di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


                           GAYA HIDUP SIHAT


        



                              







                                         
                                      



          Pada zaman yang serba moden ini, gaya hidup sihat perlu diamalkan. Pengambilan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan penting untuk menjamin kesihatan diri. Ini kerana, piramid makanan menunjukkan kadar makanan harian yang patut kita ambil untuk menjamin kesihatan. Selain itu, kita juga perlu bersenam kerana aktiviti ini dapat membantu badan kita mengeluarkan peluh dan melancarkan perjalanan darah. Kita juga haruslah membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengesan tahap kesihatan tubuh badan kita dan dapat mengesan penyakit pada peringkat awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Jelaslah bahawa gaya hidup sihat merupakan salah satu cara yang perlu kita amalkan untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita.




CONTOH MEMBINA ULASAN

Lihat ganbar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.



KESAN PENGABAIAN PENJAGAAN KEBERSIHAN





KEBERSIHAN DIRI













KEBERSIHAN TEMPAT TINGGAL














KEBERSIHAN GERAI MAKANAN








     Menjaga kebersihan merupakan tuntutan agama. Oleh itu, setiap insan wajib menjaga kebersihan kerana kebersihan dapat melambangkan imej seseorang. Jika kita mengabaikan kebersihan diri pastinya akan menggambarkan imej yang buruk. Tubuh badan kita akan kelihatan kotor dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Badan kita juga akan mudah dijangkiti penyakit. Pengabaian kebersihan tempat tinggal pula akan menjadikan persekitaran rumah kita kelihatan kotor dengan sampah sarap yang bertaburan di sana sini. Situasi ini akan mengundang pembiakan haiwan yang membawa penyakit. Kebersihan gerai makanan yang tidak dijaga akan mengakibatkan makanan yang dijual tercemar dan menyebabkan keracnan makanan. Tuntasnya, sikap cinta akan kebersihan perlu diutamakan kerana kebersihan menjamin kesihatan yang baik.










39 comments:

  1. SESIAPA YANG MELAWATI L.BLOG INI, MINTA BERIKAN KOMEN ATAU KONGSI. TERIMA KASIH.
    DRP:CIKGU RASHID.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas usaha dan keprihatinan cikgu. Mudah-mudahan cikgu sentiasa dirahmati Allah serta sihat selalu. Amiin.

      Delete
    2. Terima kasih atas usaha dan keprihatinan cikgu. Mudah-mudahan cikgu sentiasa dirahmati Allah serta sihat selalu. Amiin.

      Delete
    3. Thank you. With your contribution, I can help my daughter who is extremely weak in BM.

      Malavim

      Delete
    4. Thank you. With your contribution, I can help my daughter who is extremely weak in BM.

      Malavim

      Delete
    5. Terima kasih atas usaha cikgu, mohon kebenaran daripada cikgu untuk berkongsi idea. semoga cikgu sentiasa diberkati Allah

      Delete
    6. Asalamualaikum..cikgu,ulasan sepatutnya mempunyai berapa isi???

      Delete
    7. Asalamualaikum..cikgu,ulasan sepatutnya mempunyai berapa isi???

      Delete
    8. Terima kasih ya..mohon share

      Delete
    9. Banyak bantu untuk anak sy.terima kasih

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih. Senangnya menulis ulasan...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. nk formula utk membuat ulasan

    ReplyDelete
  6. Kerja santai sambil online dengan Facebook atau media social lainnya tentu menyenangkan. Potensi penghasilan minimal rp 140 ribu sampai rp 700 ribu perhari bahkan lebih. Bisa dikerjakan siapa saja mulai pengangguran sampai pengacara, dari karyawan sampai pengusaha bahkan dari arsitek sampai yang gaptek. Jangan buang waktu anda percuma, online tanpa makna dan benefit.
    Percaya,,,!!!
    Percaya, silahkan buktikan sendiri
    Abaikan info ini jika tak ingin kaya, lupakan masa depan cerah,,
    Jangan pedulikan info ini untuk menyesal.
    Atau luangkan 10 menit untuk membaca caranya,,,
    http://www.70persen.com/?id=richforever

    ReplyDelete
  7. Kerja santai sambil online dengan Facebook atau media social lainnya tentu menyenangkan. Potensi penghasilan minimal rp 140 ribu sampai rp 700 ribu perhari bahkan lebih. Bisa dikerjakan siapa saja mulai pengangguran sampai pengacara, dari karyawan sampai pengusaha bahkan dari arsitek sampai yang gaptek. Jangan buang waktu anda percuma, online tanpa makna dan benefit.
    Percaya,,,!!!
    Percaya, silahkan buktikan sendiri
    Abaikan info ini jika tak ingin kaya, lupakan masa depan cerah,,
    Jangan pedulikan info ini untuk menyesal.
    Atau luangkan 10 menit untuk membaca caranya,,,
    http://www.70persen.com/?id=richforever

    ReplyDelete
  8. kalau yang berbentuk promosi mcm mana?

    ReplyDelete
  9. Sangat bagus. Minta izin untuk menggunakan bahan dan contoh-contoh karangan dalam pengajaran saya

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Harap contoh ulasan kat atas nih ade keluar esok.....huhuhuhu exammmmm

    ReplyDelete
  12. Terima kasih _ualsan yg menarik

    ReplyDelete
  13. Terima kasih cikgu. bahan cikgu amat membantu saya dalam Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  14. terima kasih atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  15. Thank you! This website is useful for homework guidance and also to get ready for PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3). Well there is still a problem with this site... The background is to dark. Consider brighten the current background colour or change it to a unique wallpaper.

    ReplyDelete
  16. Tolong ajar saya bagaimana membuat ulasan bahasa melayu pt3, sekian terima kasih

    ReplyDelete
  17. Macam Mana buat Ulasan Gambar Rajah?

    ReplyDelete
  18. Berguna sgt, tq so much ✔

    ReplyDelete