Friday 26 September 2014


Kesalahan Penggunaan Imbuhan PT3
( Oleh: Cikgu Rashid Lewan )

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan imbuhan.Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan.


Latihan 1

1. Beliau yakin bahawa penguatkuasaan undang-undang 
    yang lebih tegas akan dapat mengurangkan terjadi tanah 
    runtuh.

2. Kerajaan menggalakkan rakyatnya yang berbilang kaum 
    supaya menjayakan program kemasyarakatan agar 
    hubungan antara mereka dapat dipereratkan.

3. Encik Azlan sering menasihatkan rakan-rakannya supaya 
    sabar menempuh dugaan hidup tetapi ketika musibah 
    menimpa keluarganya, dia tidak dapat menanggungnya.

4. Ibu pejabat kontinjen polis di Jalan Bendahara itu 
    dilengkap kemudahan komputer yang canggih.

5. Kandungan kolesterol yang tinggi menyebabkan 
    pemimpin itu menyerang penyakit jantung dengan tiba-
    tiba.

6. Para limuwan sedang berbincang tentang cara-cara untuk 
    meningkat hasil negara dalam bidang komersial.

7. Ahli-ahli persatuan belia diingatkan agar mengenepikan 
    perbezaan pendapat demi mewujudkan perpaduan yang 
    menjadi moto belia se-Malaysia.

8. Para peserta seminar itu telah memberikan penerangan 
    yang jelas tentang profesion sebagai kaunselor.

9. Pihak berkuasa mampu mempertingkatkan ekosistem di 
    Taman Negara yang kaya dengan flora dan fauna.

10. Pihak polis mencuba menyakinkan orang tua itu bahawa 
      kedua-dua orang anaknya yang diculik itu masih hidup 
      dan dapat diselamatkan.



Kemahiran menggunakan imbuhan

A.  Bubuh imbuhan yang sesuai pada kata dasar yang terdapat dalam petikan-petikan di bawah ini.


(1)      Pada 18 Oktober 1989 yang lalu, Malaysia telah 1. ( jadi ).....................tuan rumah untuk Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komenwel (CHOGAM). Sebanyak 49 orang pemimpin negara yang 2. (anggota) ....................pertubuhan Komanwel 3. (hadir).....................mesyuarat yang 4. (ada)........... dua tahun sekali itu. Negara-negara Komanwel ialah negara-negara jajahan Britain yang telah 5. (capai) ........................kemerdekaan. Sepanjang tempoh 6. (serta).........................
Malaysia dalam pertubuhan Komanwel, inilah kali pertama Malaysia 7. (pilih)...................sebagai tuan rumah pada 8. (sidang)............. yang besar ertinya itu.


(2)    Ekonomi negara akan terus sentiasa 1. (kembang)....................kerana dengan cara ini sajalah kita dapat 2. (sedia)................peluang 3. (kerja)................
untuk belia-belia kita yang 4. (masuk)....................pasaran buruh pada setiap tahun. Jika 5. (tumbuh)..................ekonomi kita 6. (bantut).............., sudah tentulah masalah pengangguran yang kita alami sekarang ini menjadi semakin teruk. Oleh itu, untuk 7. (galak)..............8. (tumbuh)................ekonomi, kita mestilah bijak menarik pelabur asing untuk 9. (labur) ..............modal di negara ini.



B.  Bubuhlah imbuhan ter-, teper-, ke......an, ter.....kan, atau ter....i  pada kata dasar di bawah ini. kemudian, isikanlah kata-kata tersebut di tempat kosong untuk melengkapkan ayat-ayat yang berikutnya.

pengaruh        letih       berat        susah        mati           penuh         masuk        
tinggal             faham   ajar        daya       gambar    pikul      hujan    atas


1. Rumah penghulu..................pencuri malam kelmarin.
2. Adik tidak bersedih walaupun janji ayah untuk membelikan baju tidak................
3. Tugas yang banyak itu tidak.................oleh dua orang pekerja baru itu.
4. Sejak..................anaknya ibu murid itu sering termenung.
5. Hari ini Ridzwan lambat tiba di pejabat kerana................bas.
6. Indahnya suasana di tepi pantai pada awal senja itu tidak.............   .
7. Penduduk-penduduk kampung itu dinasihati agar tidak mudah.............oleh 
    pujukan jurujual yang berkunjung ke rumah mereka.
8. Akhirnya, masalah yang rumit itu...............juga olehnya.
9. Dalam perjalanan pulang dari sekolah mereka........................    .
10. Golongan....................di luar negera diingatkan supaya sentiasa menjaga 
      nama baik negara.
11. Pertuturan pelancong dari Jerman itu tak...................oleh penjual air batu itu.
12. "Kalau kamu tidak.................datanglah ke rumah saya," Maimun mempelawa 
      Munir.
13. Pemikirannya tidak.................oleh gejala negatif dari Barat.
14. Mereka................setelah bertungkus-lumus membersihkan kawasan itu.
15. "Orang yang..................perlu kita bantu," kata ayah kepada adik.


C. Berikanlah imbuhan memper......kan atau memper........i pada kata dasar di bawah ini. Kemudian, isikanlah kata-kata yang terbentuk itu di tempat kosong untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah ini.


baik    temu    baru    hias    lindung    hati    ajar   kenal    juang    sembah


1. Ayah ke pejabat pos untuk ...................cukai jalan motosikalnya.
2. Penghululah yang...............Rahimi dengan ibu kandungnya.
3. Pihak polis sedang.............gerak-geri kedua-dua orang pemuda itu.
4. Pihak PERHILITAN bertanggungjawab..............hidupan liar daripada pupus.
5. Cikgu Mona ......................pelajar baru itu kepada kami.
6. Sekumpulan pelajar sedang...................tarian canggung.
7. Sahabat pena saya dari New Zealand ingin...................bahasa Melayu.
8. Jasa mereka yang..................kemerdekaan tanah air patut kita hargai.
9. Lampu yang berwarna-warni...............rumah pengantin itu.
10. Lamin memperkuat azam untuk....................nasib keluarganya.


D. Berikanlah imbuhan men..........kan atau men...........i pada kata dasar di bawah ini. Kemudian, isikanlah kata berimbuhan tersebut di tempat kosong untuk melengkapkan ayat-ayat yang berikutnya.


pagar       naik       panas       kotor       kurnia       datang       merah       agung
cerita        serta


1. Sejak penghulu jatuh sakit, banyak orang kampung yang................rumahnya.
2. Ayub................bilah-bilah buluh itu di sekeliling kolam ikannya.
3. Sampah sarap yang.................jalan itu di sapu oleh pekerja Majlis Bandaraya 
    Johor Bahru.
4. Baginda...............pahlawan yang berjasa itu Pingat Gagah Berani.
5. Setiap warganegara Malaysia perlu................bahasa Melayu.
6. Gadis itu................kukunya dengan pewarna.
7. Sebelum acara itu dimulakan, para peserta.................badan masing-masing.
8. Para pelajar yang terpilih untuk.................perbarisan itu mengadakan latihan.
9. Nenek selalu...............kisah hidupnya kepada kami.
10. Ketua pengawas................bendera manakala pelajar-pelajar lain 
      menyanyikan lagu Neragaku.


E. Bubuh imbuhan ber........an atau ber........kan pada kata dalam kurungan untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah ini.


1. Cikgu Halim sering (tanya).........masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajarnya.
2. Mereka duduk (damping)...............untuk bergambar di majlis itu.
3. Dengan (bekal)...............kelulusan STPM itu, dia ke bandar untuk mencari 
    pekerjaan.
4. Anjing-anjing yang (keliar).............di kawasan itu ditangkap oleh pihak Majlis 
    Bandaraya Johor Bahru.
5. Anak Datuk Majid (suami)...............kerabat raja Perlis.
6. Orang gila yang (senjata)...............parang itu ditangkap oleh orang kampung.
7. Daun-daun kering (terbang)..............ditiup angin yang agak kencang itu.
8. Kedua-dua orang ibu dan anak itu (peluk).................apabila hakim memutuskan 
    mereka tidak bersalah.
9. Tomato yang dibelinya (cicir).................di atas lantai apabila plastik bekas 
    tomato itu koyak.
10. Pelari-pelari itu (saing).....................dalam acara lumba lari 400 meter.



F. Bubuhlah imbuhan se... atau ke....an pada kata dalam kurungan untuk melengkapkan ayat di bawah ini.

1. Penduduk-penduduk kampung itu bersiap sedia untuk menyambut.....................
    Perdana menteri. (tiba)
2. ..................nya dari sekolah, Amin ke dapur untuk makan. (kembali)
3. ..................Mi Ling mendorong adiknya untuk belajar bersungguh-sungguh.  
    (jaya)
4. Sepertiga daripada wang gajinyadisimpan, manakala..............nya dibelanjakan. 
    (lebih)
5. Kita perlu memastikan ....................sesuatu berita itu sebelum menceritakannya 
    kepada orang lain.(benar)
6. Kerja ukir-mengukir memerlukan ...............dan ..................  . (mahir, sabar)
7. Para pelajar perlu membuat persediaan.................nya sebelum menghadapi 
    peperiksaan. (cukup)
8. "....................nya kamu memberitahu ibu tujuan kamu mengeluarkan wang 
    simpanan kamu," kata ibu kepada Zahid. (patut)
9. Pelbagai................diadakan bersempena dengan Minggu Budaya itu. (giat)
10. "................nya Wahid dipilih sebagai ketua, bukan Badrul," kata Mohan 
     kepada kawan-kawannya. (benar)
11. Pegawai polis itu dikurniai pingat kerana.................nya menangkap 
      penjenayah itu. (berani)
12. .......................pasukan bahas sekolah kami, tidak kami duga. (menang)
13. .......................nya bertanyalah kepada guru jika anda menghadapi masalah dalam pelajaran.(baik)
14. Gaya budak itu bersilat, memperlihatkan ......................nya. (wira)
15. ...................harga saham membimbangkan para pelabur setempat. (jatuh)



























5 comments:

  1. SESIAPA YANG MELAWATI L.BLOG INI, MINTA BERIKAN KOMEN ATAU KONGSI. TERIMA KASIH
    DRP:CIKGU RASHID.

    ReplyDelete
  2. BOLEH SAYA DAPATKAN JAWAPAN UNTUK LATIHAN IMBUHAN DIATAS CIKGU RASHID??

    ReplyDelete
  3. bolehkah saya dapatkan jawapan ?

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas latihan-latihan tersebut sebagai rujukan

    ReplyDelete