Friday, 3 October 2014





 PERIBAHASA MELAYU PT3   

A. Tulis lima peribahasa berpandukan gambar-gambar di 
    bawah ini.
Add caption
























1. Seperti telur di hujung tanduk.
2. Burung terbang dipipiskan lada.
3. Bagai ayam mengeram telur.
4. Ibarat burung di dalam sangkar, mata terlepas badan 
    terkurung.
5. Bagai kera mendapat bunga.


 B. Tulis lima peribahasa berdasarkan gambar di bawah ini.















                                              
1. Cinta monyet.
2. Seperti monyet kena belacan.
3. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-
    tengah.
4. Menanti kucing bertanduk.
5. Kucing kurap.

C. Tulis lima peribahasa berdasarkan gambar di bawah ini











1. Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina.
2. Seperti kera mendapat bunga.
3. Lembu punya susu, sapi punya nama.
4. Seperti lembu dicucuk hidung.
5. Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga.


D. Tulis lima peribahasa berpandukan gambar di bawah ini 





















1. Seperti tikus membaiki labu.
2. Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi.
3. Ada udang di balik batu.
4. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak 
    ragam.


B. Lihat gambar-gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

Soalan 1












Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga.

..................................................................................................................................

Soalan 2












Seperti rusa masuk kampung

..................................................................................................................................

Soalan 3













Jong pecah yu kenyang.

..................................................................................................................................

Soalan 4













Gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah.

..................................................................................................................................

Soalan 5















Kalau ular menyusur akar tiada hilang bisanya ..................................................................................................................................


Soalan 6














Bagai pungguk merindukan bulan. ..................................................................................................................................


Soalan 7














Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

.................................................................................................................................


Soalan 8














Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

.................................................................................................................................



Soalan 9











Bagai ayam disambar helang..................................................................................................................................


Soalan 10














Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan.

.................................................................................................................................



PERIBAHASA

Latihan 1
Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan situasi di bawah ini.

1. Para penonton tertawa berdekah-dekah apabila melihat telatah pelawak itu.

2. Perangai Baharuddin anih sedikit, sekejap dia tertawa sekejap dia menangis.

3. Makanlah kuih-muih dahulu supaya tidak berasa lapar kerana makanan yang dipesan belum siap lagi.

4. Penghulu akan mengatur pertemuan untuk menyelesaikan masalah perselisihan faham antara mereka.

5. Rahim dan adiknya kehilangan tempat bergantung sejak kematian ibu bapa mereka.

6. Pak Dolah ingin membina sebuah rumah banglo tetapi dia telah meninggal dunia sebelum berbuat demikian.

7. Encik Abu menerima RM100 000 daripada syarikat insuran apabila dia menjadi cacat dalam kemalangan itu.

8. Arifin dan Suzie tidak bertegur sapa lagi sejak mereka bergaduh tempoh hari.

9. Dia berjimat ketika berbelanja sejak dia kehilangan pekerjaannya.

10. Pengurus kilang tidak akan mengubah keputusannya untuk memecat pekerja itu.

Jawapan

1. geli hati
2. ada angin  -  gila bahasa
3. alas perut
4. bawa bersemuka
5. patah kandar
6. mati celik
7. ganti rugi
8. bermasam muka
9. ikat perut
10. bulat fikiran














Wednesday, 1 October 2014


MENULIS ULASAN ( Bahagian C)

A. Gambar-gambar di bawah menunjukkan beberapa permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Tulis ulasan tentang permainan tersebut yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.





          Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan  untuk mempopularkan permainan tradisional. Hal ini demikian kerana permainan ini banyak mempunyai faedahnya. Antara faedahnya ialah permainan ini dapat dijadikan produk pelancongan yang menguntungkan negara. Banyak pelancong yang datang ke negara kita untuk melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di Malaysia.  Selain   itu, permainan ini dapat dijadikan sumber hiburan yang menyeronokkan. Seterusnya, bermain permainan tradisional dapat mengisi masa lapang kita dengan aktiviti yang berfaedah. Permainan tradisionl merupakan warisan budaya negara yang harus dikekalkan supaya tidak pupus ditelan zaman. Tuntasnya, kita perlu mengembalikan kegemilangan permainan tradisional kerana permainan ini banyak mendatangkan faedah kepada rakyat dan negara.


B. Lihat gambar Gaya Hidup Sihat di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


                           GAYA HIDUP SIHAT


        



                              







                                         
                                      



          Pada zaman yang serba moden ini, gaya hidup sihat perlu diamalkan. Pengambilan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan penting untuk menjamin kesihatan diri. Ini kerana, piramid makanan menunjukkan kadar makanan harian yang patut kita ambil untuk menjamin kesihatan. Selain itu, kita juga perlu bersenam kerana aktiviti ini dapat membantu badan kita mengeluarkan peluh dan melancarkan perjalanan darah. Kita juga haruslah membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengesan tahap kesihatan tubuh badan kita dan dapat mengesan penyakit pada peringkat awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Jelaslah bahawa gaya hidup sihat merupakan salah satu cara yang perlu kita amalkan untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita.




CONTOH MEMBINA ULASAN

Lihat ganbar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.



KESAN PENGABAIAN PENJAGAAN KEBERSIHAN





KEBERSIHAN DIRI













KEBERSIHAN TEMPAT TINGGAL














KEBERSIHAN GERAI MAKANAN








     Menjaga kebersihan merupakan tuntutan agama. Oleh itu, setiap insan wajib menjaga kebersihan kerana kebersihan dapat melambangkan imej seseorang. Jika kita mengabaikan kebersihan diri pastinya akan menggambarkan imej yang buruk. Tubuh badan kita akan kelihatan kotor dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Badan kita juga akan mudah dijangkiti penyakit. Pengabaian kebersihan tempat tinggal pula akan menjadikan persekitaran rumah kita kelihatan kotor dengan sampah sarap yang bertaburan di sana sini. Situasi ini akan mengundang pembiakan haiwan yang membawa penyakit. Kebersihan gerai makanan yang tidak dijaga akan mengakibatkan makanan yang dijual tercemar dan menyebabkan keracnan makanan. Tuntasnya, sikap cinta akan kebersihan perlu diutamakan kerana kebersihan menjamin kesihatan yang baik.