KATA BILANGAN
Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis;
1. Kata Bilangan Tentu
Contohnya, satu, sepuluh, seribu, tiga juta, dan
seterusnya.
Contoh ayat
(a) Dua buah rumah telah hangus dijilat api dalam
kejadian kebakaran yang berlaku malam kelmarin.
(b) Sebanyak sepuluh ribu orang telah membanjiri
stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak
itu.
2. Kata Bilangan Tidak Tentu
Contohnya, seluruh, segala, semua, sekalian, beberapa,
para
Contoh ayat
(a) Semua guru sedang bermesyuarat di dalam bilik
guru.
(b) Seluruh kawasan tanah rendah di pekan itu dinaiki air
berikutan hujan lebat malam tadi.
3. Kata Bilangan Pecahan
Contohnya, setengah, du pertiga, separuh, lima
persepuluh
Contoh ayat
(a) Setengah daripada kek itu diberikan kepada Mak Jah.
(b) Dia menggunakan tiga perempat daripada kertas itu
untuk membuat layang-layang.
4. Kata Bilangan Himpunan
Contohnya , berguni-guni, berhari-hari, berbulan-bulan,
beratus-ratus, berjuta-juta
Contoh ayat
(a) Kedua-dua orang murid itu telah diberi amaran oleh
guru besar.
(b) Berjuta-juta orang di seluruh dunia telah disahkan
menghidap penyakit yang berbahaya itu.
5. Kata Bilangan Pisahan
Contohnya, setiap, tiap-tiap, masing-masing
Contoh ayat
(a) Masing-masing pelajar dikehendaki membawa buku
teks ke sekolah esok.
(b) Tiap-tiap hari Ahmad, Siti, dan Ramu pergi ke sekolah
dengan menaiki bas.
6. Kata Bilangan Tingkat
Contohnya, pertama, kedua, ketiga, keempat dan
seterusnya.
Contoh ayat
(a) Siti mendapat tempat kedua dalam pertandingan
mewarna yang dianjurkan oleh pihak sekolahnya.
(b) Anak Pak Arif yang keempat telah meninggal dunia
akibat kemalangan jalan raya.
Latihan 1
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan kata bilangan
yang paling sesuai.
1. Sekolah akan ditutup selama...............minggu mulai hari
Jumaat ini. ( tiga, semua, tiap-tiap )
2. Ramesh mendapat tempat.............dalam acara larian
100 meter. ( beberapa, setengah, kedua )
3. .................ibu bapa tidak menghiraukan penglibatan
anak-anak mereka dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
( Semua, setengah, sesetengah )
4. ...............orang pelajar yang menghisap rokok di dalam
tandas itu akan dikenakan hukuman rotan. ( Semua,
Setiap, Ketiga-tiga )
5. ................banyak projek akan dilaksanakan oleh pihak
kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-4. ( Setengah,
Semua, Beberapa )
6. Pak Samad akan menggunakan..................daripada
tanah di kebunnya itu untuk ditanami dengan pokok
durian. ( dua pertiga, lima, semua )
7. Keluarga Encik Ramli sudah................menetap di Pulau
Langkawi, Kedah. ( berhari-hari, bertahun-tahun,
berabad-abad )
8. ...................pelajar dikehendaki berhimpun di padang
sekolah untuk mendengar taklimat ringkas daripada guru
sukan mereka. ( Dua puluh, Sesetengah, Sekalian )
9. Dia telah menunggu saya di situ selama....................jam.
( sesetengan, suku, semua )
10. ............pelajar diwajibkan bergiat aktif dalam bidang
kokurikulum di sekolah. ( Tiap-tiap, banyak, beberapa )
SESIAAPA YANG MELAWATI L.BLOG INI, MINTA BERIKAN KOMEN ATAU KONGSI. TERIMA KASIH.
ReplyDeleteDRP: CIKGU RASHID.
mohon share...tq
ReplyDeleteMOHON SHARE,,TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
ReplyDelete