Laman blog ini dihasilkan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran menjawab soalan kepada para pelajar yang bakal menduduki PT3. Jika terdapat sebarang masalah atau kemuskilan sila beritahu saya melalui ruangan ulasan atau komen yang terdapat pada bahagian bawah blog ini. Terima kasih.
Saturday, 1 November 2014
KATA ADJEKTIF
Kucing saya sangat comel dan berbulu tebal.
Kata adjektif yang dikenali juga sebagai kata sifat, merupakan perkataan untuk menerangkansifat manusia, benda, tempat dan sebagainya. Kata adjektif boleh ditambah dengan kata penguat seperti ter-, se-, amat, paling, sekali,sungguh dan terlalu.
Jenis-Jenis Kata Adjektif
a) Kata adjektif keadaan
Kata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang memberi
pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur
keterangan nama.
Contohnya:
baik curiga cerdik pandai gopoh
lemah kasar berani takut sihat
b) Kata Adjektif Warna
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang
membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan.
Contohnya:
merah putih hijau kuning hujan
ungu kelabu jingga coklat biru
c) Kata adjektif Ukuran
Kata adjektif jenis ini pula, membawa pengertian ukuran
sebagai unsur keterangan.
Contohnya:
panjang pendek kecil besar tinggi
rendah tebal nipis kerdil renek
d) Kata Adjektif Bentuk
Kata adjektif bentuk ialah jenis perkataan yang membawa
pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan.
Contohnya:
bulat lonjong bujur bundar leper
lurus buncit kempis lekuk bengkok
e) Kata Adjektif Waktu
Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang membawa
pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan.
Contohnya:
baharu lama segera suntuk silam
lampau lewat cepat awal lambat
f) Kata Adjektif Jarak
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa
pengertian konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan
sebagai penerang kata utama.
Contohnya:
jauh dekat hampir rapat
g) Kata Adjektif Cara
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa
pengertian keadaan kelakuan atau ragam, sebagai
penerang kata nama.
Contohnya:
cepat deras laju lambat perlahan
lincah gopoh jelas sering selalu
h) Kata Adjektif Perasaan
Kata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang membawa
pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata
nama dan diikuti oleh kata sendi nama.
Contohnya:
rindu benci segan suka gembira
berahi ragu kasih cinta marah
i) Kata Adjektif Pancaindera
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang
membawa pengertian gabungan lima pancaindera sebagai
penerang kata nama.
Contohnya:
i) Deria pandang:
segak kacak comel bodoh tampan
molek buruk cantik comel ayu
ii) Deria rasa
payau sedap pahit manis masin
kelat lazat tawar lemak masam
iii) Deria bau
haring harum semerbak tengik wangi
hanyir busuk hamis hapak hangit
iv) Deria dengar
garau bising merdu serak lunak
mersik nyaring
v) Deria sentuh
lembut halus lembap kesat keras
licin kasar gebu
Latihan 1
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan kata adjektif yang paling sesuai.
aman lurus selesa bengkok keras sombong licin selalu kasih cermat
1. Para pemandu dinasihatkan agar memandu dengan.........
di jalan raya.
2. Kita dapat hidup dengan.................di negara kita.
3. Jamaluddin amat ..............akan anak daranya itu.
4. Pokok buluh yang tumbuh di belakang rumahnya itu
sangat ..................
5. Lelaki yang berambut panjang itu ................datang ke
rumah saya untuk meminta sedekah.
6. Saya berasa amat................semasa membaca buku di
dalam perpustakaan itu.
7. Orang itu kaya tetapi tidak...................
8. Walaupun jalan raya agak ................namun
penunggang-penunggang motosikal itu menunggang
motosikal dengan laju.
9. Jalan..............yang menuju ke taman perumahan itu
sangat berbahaya.
10. Kuih yang dibelinya di gerai itu ..................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SESIAPA YANG MELAWATI L.BLOG INI MINTA BERIKAN KOMEN ATAU KONGSI. TERIMA KASIH.
ReplyDeleteDRP: CIKGU RASHID
terima kasih atas perkongsian bahan..sangat membantu..
ReplyDeleteminta izin kongsi yer, terima kasih
ReplyDelete