Laman blog ini dihasilkan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran menjawab soalan kepada para pelajar yang bakal menduduki PT3. Jika terdapat sebarang masalah atau kemuskilan sila beritahu saya melalui ruangan ulasan atau komen yang terdapat pada bahagian bawah blog ini. Terima kasih.
Friday, 26 September 2014
Menukarkan ayat PT3
( Oleh : Cikgu Rashid Lewan )
A. Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.
Latihan 1
1. Encik Razak menghantar anak lelakinya ke sekolah
berasrama.
2. Mereka telah menyusun kerusi dan meja di dewan kuliah
umum pada pagi tadi.
3. Bapa saya selalu membersihkan semak samun di
belakang rumah pada setiap bulan.
4. Ibu telah menyelimutkan adik yang kesejukan itu dengan
sehelai kain.
5. Semua murid telah menyetujui cadangan Cikgu Abdullah
itu.
6. Pustakawan di perpustakaan Universiti Industri Selangor
itu sedang mengelaskan buku kepada beberapa kategori.
7. Mereka menaiki bas Ekspres Maju untuk ke Kuala
Lumpur.
8. Pekedai itu menjual alat-alat tulis di kedainya.
9. Awak telah meminjam buku cerita saya pada minggu
lepas.
10. Saya akan mengemaskan bilik adik setiap pagi, sebelum
saya pergi ke sekolah.
B. Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa
mengubah maksud asalnya.
Latihan 1
1. Ibu yang sedang berehat di beranda kuambilkan segelas
air.
2. Program Nilam dilancarkan oleh pihak sekolah sejak
tahun 2006 lagi.
3. Kanak-kanak yang hilang itu telah berjaya ditemukan oleh
pihak polis pada pagi Ahad kelmarin.
4. Kesalahan dalam kes itu diakui oleh gadis pendatang
asing itu.
5. Rumahnya sering dikunjungi oleh saudara-mara pada
setiap hujung minggu.
6. Keropok-keropok yang telah dipotong nipis-nipis itu telah
dijemur oleh pekerja-pekerja di kilang pemprosesan
keropok itu.
7. Bilik tidur ibu telah saya kemas pagi tadi.
8. Pentas di dewan itu telah kami hias dengan cantiknya.
9. Kereta Encik Borhan yang rosak itu telah dibaiki oleh
Kamal.
10. Pesalah itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati
oleh mahkamah.
C.Tukarkan ayat songsang di bawah ini kepada ayat biasa
tanpa mengubah maksud asalnya.
Latihan 1
1. Tidur bertilamkan simenlah pengemis-pengemis itu.
2. Telah menelan ubatlah pesakit yang berbadan gemuk itu.
3. Sedang melayan pengunjung restorannya lelaki
berbangsa India itu.
4. Kawan yang amat rapat dengan saya dialah.
5. Akhirnya siap juga projek pembangunan pasar raya yang
terbengkalai itu.
6. Diharunginya dengan sabar dan tawakal saat-saat
genting dalam hidup.
7. Tetap menghantar anak-anaknya ke kelas tuisyen
walaupun berpendapatan kecil Encik Basiran.
8. Benar belaka semua khabar angin tentang salah laku
tokoh politik itu.
9. Merancang perbelanjaan untuk mengelakkan pembaziran
ketika berbelanja Puan Salmah.
10. Sedang bermain bola di padang yang luas itu mereka.
D. Tukar ayat biasa di bawah ini kepada ayat songsang
tanpa mengubah maksud asalnya.
Latihan 1
1. Bilangan pendatang asing ke negara kita semakin
meningkat dari setahun ke setahun.
2. Murid yang cacat pendengaran itu gigih sungguh
mengulang kaji pelajaran.
3. Ayah masih belum pulang dari pejabat walaupun sudah
pukul 9.00 malam.
4. Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di halaman rumah
dengan riang.
5. Beberapa orang murid sedang berbincang tentang tajuk
karangan di dalam perpustakaan.
6. Ramli dan Razali akan menyaksikan perlawanan bola
sepak di padang sekolah pada petang nanti.
7. Shamugam terpaksa menangguhkan hasratnya untuk ke
Bali kerana ibunya telah meninggal dunia pagi tadi.
8. Peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini
kian ketara kerana penguatkuasaan undang-undang
yang kurang tegas.
9. Amalan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang
sihat adalah penting untuk menghindari penyakit kronik.
10. Para pelajar itu amat rajin membuat latihan Bahasa
Melayu.
E. Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada bentuk cakap pindah.
Latihan 1
1. "Bagaimana kalau kita berlatih badminton bersama-sama pada petang ini,"
Anuar memberikan cadangan kepada Ramli.
2. Azza : Hai, Farah! Semalam awak tidak datang ke rumah Farhana. Mengapa?
3. "Bagaimanakah kamu mengulang kaji pelajaran, Salwa?" tanya Ina.
4. "Jika kalian ada kelapangan, datanglah ke rumah saya malam ini," kata Salleh
kepada kawan-kawannya.
5. "Maafkan saya, cikgu, saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana basikal saya
rosak," kata Arni kepada Cikgu Salimah.
6. "Kamu hendaklah berhati-hati semasa meniti titi itu," kata Cikgu Nazri kepada
murid-muridnya.
7. "Saya meminta maaf kalau ada perbuatan saya selama ini yang menyinggung
perasaan nenek," kata Jamil sambil bersalam dengan Nenek Timah.
8. "Di manakah letaknya Kampung Teluk Jawa? tanya Intan kepada Salina.
9. "Berapakah jumlah peserta yang mengambil bahagian dalam program anak
angkat di Pulau Tioman itu? tanya Arif kepada Teng Sheng.
10. "Kami hendak pergi ke perpustakaan awam selepas makan ais kacang di
gerai Pak Fais," kata Zahira dan Alisa kepada Sumi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SESIAPA YANG MELAWATI L.BLOG INI, SILA KOMEN ATAU KONGSI. TERIMA KASIH.
ReplyDeleteDRP: CIKGU RASHID
latihan yang betul betul mancabar minda anda
ReplyDeletecikgu ada jawapan
ReplyDeletecikgu ada jawapan?
ReplyDeleteTERIMA KASIH CIKGU !
ReplyDeleteAda jawapan cikgu
ReplyDeleteKalau ada jawapan boleh rujuk bila dah siap latihan ni
ReplyDeleteTerima kasih cikgu. Saya guna bahan ini untuk murid-murid saya.
ReplyDeleteterima kasih cikgu.
ReplyDeleteterima kasih cikgu..mohon share ya..
ReplyDeleteTkasih cg
ReplyDelete