Laman blog ini dihasilkan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran menjawab soalan kepada para pelajar yang bakal menduduki PT3. Jika terdapat sebarang masalah atau kemuskilan sila beritahu saya melalui ruangan ulasan atau komen yang terdapat pada bahagian bawah blog ini. Terima kasih.
Friday, 26 September 2014
Penganalisisan Ayat
A. Kenal pasti dan tulis Subjek dan Predikat bagi setiap ayat di bawah ini.
1. Sungai Plentong semakin hari semakin tohor sehingga
airnya sampai ke paras lutut.
2. Orang tua yang tinggal di hujung kampung dan dikenali
sebagai Pak Hitam itu, sebenarnya ialah seorang pejuang
kemerdekaan tanah air kita.
3. Pada setiap hujung minggu, Isyraf dan adiknya akan
menziarahi nenek mereka Wah, yang tinggal di kampung
itu.
4. Catur merupakan permainan minda yang diperkenalkan
oleh orang Arab ke Benua Eropah selepas Semenanjung
Liberia ditakluki pada kurun kelapan.
5. Hisham yang berjalan sambil membimbit sebuah raga
yang sederhana besarnya, melaung-laungkan suara yang
tinggi menjaja nasi lemak dan kuih koci buatan ibunya.
6. Setelah puas merenung ke arah samudera yang luas
terbentang di hadapan mereka, Hakimah mengajak Ayu
pulang ke rumahnya.
7. Taraf hidup yang tinggi di bandar membebankan
golongan miskin.
8. Ribut yang kencang malam tadi telah meranapkan
beberapa buah rumah penduduk kampung itu.
9. Kejadian banjir yang teruk melanda beberapa negeri di
pantai timur.
10. Pasukan Bola Sepak Remaja Kebangsaan telah
menewaskan Kelab Bola Sepak Singapura.
B. Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
(FN + FS)
1. Wanita itu sahabat pena kakak saya.
FN+FN
2. Buku cerita yang tebal itu sangat mahal.
FN+FA
3. Bas Ekspres Nasional itu dari utara.
FN+FS
4. Perdana Menteri akan merasmikan majlis itu.
FN+FK
5. Kek coklat itu sedap rasanya.
FN+FA
6. Para doktor sedang merawat mangsa-mangsa kebakaran
itu.
FN+FK
7. Mak Busu sentiasa sibuk di dapur.
FN+FA
8. Kak Siti ke pasar malam.
FN+FS
9. Puan Badariah sedang menganyam tikar mengkuang.
FN+FK
10. Anak saudara saya pemain badminton negara.
FN+FN
C. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian kenal pasti ayat-ayat tersebut sama ada Ayat Penyata, Ayat Perintah, Ayat Seruan atau Ayat Tanya.
1. Puan Siti baru sahaja melahirkan seorang cahaya mata
perempuan.
Ayat penyata
2. Ayah pulang dari Arab Saudi bila?
Ayat tanya
3. Ambilkan saya segelas air di atas meja itu.
Ayat perintah
4. Usahlah dikenang peristiwa pahit itu lagi.
Ayat perintah
5. Tarikh perkahwinan anak kamu itu bila?
Ayat tanya
6. Ah, jangan haraplah aku akan ke rumahnya lagi!
Ayat seruan
7. Bagaimanakah cara membuat kek lapis itu?
Ayat tanya
8. Latihan itu mesti kamu hantar kepada saya esok.
Ayat perintah
9. Jangan kunjingi pesakit selepas pukul 8.30 malam.
Ayat perintah
10. Pasukan Rumah Merah telah memenangi acara lompat
tinggi.
Ayat penyata
D. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian tentukan sama ada ayat tersebut ayat Ayat Suruhan, Ayat Larangan, Ayat Silaan atau Ayat Permintaan.
1. Pergi kau ke sana.
Ayat suruhan
2. Usahlah ditanya ke mana aku pergi.
Ayat larangan
3. Jangan pergi ke tempat itu.
Ayat larangan
4. Silalah datang ke rumah saya.
Ayat silaan
5. Minta tuan-tuan datang awal ke majlis itu nanti.
Ayat permintaan
6. Keluar dari rumah ini.
Ayat suruhan
7. Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.
Ayat larangan
8. Jemputlah makan.
Ayat silaan
9. Jangan ulangi perbuatan itu lagi.
Ayat larangan
10. Ambil buku itu.
Ayat suruhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SESIAPA YANG MELAWATI L. BLOG INI, MINTA BERIKAN KOMEN ATAU KONGSI. TERIMA KASIH.
ReplyDeleteDRP: CIKGU RASHID.
cikgu, mohon share dan saya nak jawapan boleh? Terima kasih
Deleteafiqafitria@yahoo.com
cikgu, mohon share dan saya nak jawapan boleh? Terima kasih
Deleteafiqafitria@yahoo.com
This comment has been removed by the author.
Deleteplease share me the answer😁
ReplyDeleteplease share me the answer of subject and predicat
ReplyDeletesarkunan10@gmail.com...tolong hantar jawapan k..
ReplyDeletesarkunan10@gmail.com...tolong hantar jawapan k..
ReplyDeleteothmanfaizalmohd@gmail.com... bole share jawapan subjek predikat?
ReplyDeleteMohon share jawapan subjek predikat @harukawahikari tqsm
ReplyDeleteMohon share jawapan subjek predikat @harukawahikari tqsm
ReplyDeleteMohon share jawapan subjek predikat @harukawahikari tqsm
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCikgu, mohon jawapan. Terima kasih.
ReplyDeleteE-mel: aisze_85@yahoo.com
cikgu. mohon hantar jawapan subjek dan predikat tu.
ReplyDeletefakrulaiman46@gmail.com
terima kasih cikgu
Email jawapan subjek predikat..
ReplyDeleteTylladerlabelle@gmail.com
Tq..
terima kasih Cikgu. Mohon dihalalkan segala ilmu cikgu yang saya guna
ReplyDeleteOk
ReplyDeleteShare the answer please
ReplyDelete