Laman blog ini dihasilkan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran menjawab soalan kepada para pelajar yang bakal menduduki PT3. Jika terdapat sebarang masalah atau kemuskilan sila beritahu saya melalui ruangan ulasan atau komen yang terdapat pada bahagian bawah blog ini. Terima kasih.
Friday, 26 September 2014
Kesalahan Penggunaan Imbuhan PT3
( Oleh: Cikgu Rashid Lewan )
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan imbuhan.Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan.
Latihan 1
1. Beliau yakin bahawa penguatkuasaan undang-undang
yang lebih tegas akan dapat mengurangkan terjadi tanah
runtuh.
2. Kerajaan menggalakkan rakyatnya yang berbilang kaum
supaya menjayakan program kemasyarakatan agar
hubungan antara mereka dapat dipereratkan.
3. Encik Azlan sering menasihatkan rakan-rakannya supaya
sabar menempuh dugaan hidup tetapi ketika musibah
menimpa keluarganya, dia tidak dapat menanggungnya.
4. Ibu pejabat kontinjen polis di Jalan Bendahara itu
dilengkap kemudahan komputer yang canggih.
5. Kandungan kolesterol yang tinggi menyebabkan
pemimpin itu menyerang penyakit jantung dengan tiba-
tiba.
6. Para limuwan sedang berbincang tentang cara-cara untuk
meningkat hasil negara dalam bidang komersial.
7. Ahli-ahli persatuan belia diingatkan agar mengenepikan
perbezaan pendapat demi mewujudkan perpaduan yang
menjadi moto belia se-Malaysia.
8. Para peserta seminar itu telah memberikan penerangan
yang jelas tentang profesion sebagai kaunselor.
9. Pihak berkuasa mampu mempertingkatkan ekosistem di
Taman Negara yang kaya dengan flora dan fauna.
10. Pihak polis mencuba menyakinkan orang tua itu bahawa
kedua-dua orang anaknya yang diculik itu masih hidup
dan dapat diselamatkan.
Kemahiran menggunakan imbuhan
A. Bubuh imbuhan yang sesuai pada kata dasar yang terdapat dalam petikan-petikan di bawah ini.
(1) Pada 18 Oktober 1989 yang lalu, Malaysia telah 1. ( jadi ).....................tuan rumah untuk Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komenwel (CHOGAM). Sebanyak 49 orang pemimpin negara yang 2. (anggota) ....................pertubuhan Komanwel 3. (hadir).....................mesyuarat yang 4. (ada)........... dua tahun sekali itu. Negara-negara Komanwel ialah negara-negara jajahan Britain yang telah 5. (capai) ........................kemerdekaan. Sepanjang tempoh 6. (serta).........................
Malaysia dalam pertubuhan Komanwel, inilah kali pertama Malaysia 7. (pilih)...................sebagai tuan rumah pada 8. (sidang)............. yang besar ertinya itu.
(2) Ekonomi negara akan terus sentiasa 1. (kembang)....................kerana dengan cara ini sajalah kita dapat 2. (sedia)................peluang 3. (kerja)................
untuk belia-belia kita yang 4. (masuk)....................pasaran buruh pada setiap tahun. Jika 5. (tumbuh)..................ekonomi kita 6. (bantut).............., sudah tentulah masalah pengangguran yang kita alami sekarang ini menjadi semakin teruk. Oleh itu, untuk 7. (galak)..............8. (tumbuh)................ekonomi, kita mestilah bijak menarik pelabur asing untuk 9. (labur) ..............modal di negara ini.
B. Bubuhlah imbuhan ter-, teper-, ke......an, ter.....kan, atau ter....i pada kata dasar di bawah ini. kemudian, isikanlah kata-kata tersebut di tempat kosong untuk melengkapkan ayat-ayat yang berikutnya.
pengaruh letih berat susah mati penuh masuk
tinggal faham ajar daya gambar pikul hujan atas
1. Rumah penghulu..................pencuri malam kelmarin.
2. Adik tidak bersedih walaupun janji ayah untuk membelikan baju tidak................
3. Tugas yang banyak itu tidak.................oleh dua orang pekerja baru itu.
4. Sejak..................anaknya ibu murid itu sering termenung.
5. Hari ini Ridzwan lambat tiba di pejabat kerana................bas.
6. Indahnya suasana di tepi pantai pada awal senja itu tidak............. .
7. Penduduk-penduduk kampung itu dinasihati agar tidak mudah.............oleh
pujukan jurujual yang berkunjung ke rumah mereka.
8. Akhirnya, masalah yang rumit itu...............juga olehnya.
9. Dalam perjalanan pulang dari sekolah mereka........................ .
10. Golongan....................di luar negera diingatkan supaya sentiasa menjaga
nama baik negara.
11. Pertuturan pelancong dari Jerman itu tak...................oleh penjual air batu itu.
12. "Kalau kamu tidak.................datanglah ke rumah saya," Maimun mempelawa
Munir.
13. Pemikirannya tidak.................oleh gejala negatif dari Barat.
14. Mereka................setelah bertungkus-lumus membersihkan kawasan itu.
15. "Orang yang..................perlu kita bantu," kata ayah kepada adik.
C. Berikanlah imbuhan memper......kan atau memper........i pada kata dasar di bawah ini. Kemudian, isikanlah kata-kata yang terbentuk itu di tempat kosong untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah ini.
baik temu baru hias lindung hati ajar kenal juang sembah
1. Ayah ke pejabat pos untuk ...................cukai jalan motosikalnya.
2. Penghululah yang...............Rahimi dengan ibu kandungnya.
3. Pihak polis sedang.............gerak-geri kedua-dua orang pemuda itu.
4. Pihak PERHILITAN bertanggungjawab..............hidupan liar daripada pupus.
5. Cikgu Mona ......................pelajar baru itu kepada kami.
6. Sekumpulan pelajar sedang...................tarian canggung.
7. Sahabat pena saya dari New Zealand ingin...................bahasa Melayu.
8. Jasa mereka yang..................kemerdekaan tanah air patut kita hargai.
9. Lampu yang berwarna-warni...............rumah pengantin itu.
10. Lamin memperkuat azam untuk....................nasib keluarganya.
D. Berikanlah imbuhan men..........kan atau men...........i pada kata dasar di bawah ini. Kemudian, isikanlah kata berimbuhan tersebut di tempat kosong untuk melengkapkan ayat-ayat yang berikutnya.
pagar naik panas kotor kurnia datang merah agung
cerita serta
1. Sejak penghulu jatuh sakit, banyak orang kampung yang................rumahnya.
2. Ayub................bilah-bilah buluh itu di sekeliling kolam ikannya.
3. Sampah sarap yang.................jalan itu di sapu oleh pekerja Majlis Bandaraya
Johor Bahru.
4. Baginda...............pahlawan yang berjasa itu Pingat Gagah Berani.
5. Setiap warganegara Malaysia perlu................bahasa Melayu.
6. Gadis itu................kukunya dengan pewarna.
7. Sebelum acara itu dimulakan, para peserta.................badan masing-masing.
8. Para pelajar yang terpilih untuk.................perbarisan itu mengadakan latihan.
9. Nenek selalu...............kisah hidupnya kepada kami.
10. Ketua pengawas................bendera manakala pelajar-pelajar lain
menyanyikan lagu Neragaku.
E. Bubuh imbuhan ber........an atau ber........kan pada kata dalam kurungan untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah ini.
1. Cikgu Halim sering (tanya).........masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajarnya.
2. Mereka duduk (damping)...............untuk bergambar di majlis itu.
3. Dengan (bekal)...............kelulusan STPM itu, dia ke bandar untuk mencari
pekerjaan.
4. Anjing-anjing yang (keliar).............di kawasan itu ditangkap oleh pihak Majlis
Bandaraya Johor Bahru.
5. Anak Datuk Majid (suami)...............kerabat raja Perlis.
6. Orang gila yang (senjata)...............parang itu ditangkap oleh orang kampung.
7. Daun-daun kering (terbang)..............ditiup angin yang agak kencang itu.
8. Kedua-dua orang ibu dan anak itu (peluk).................apabila hakim memutuskan
mereka tidak bersalah.
9. Tomato yang dibelinya (cicir).................di atas lantai apabila plastik bekas
tomato itu koyak.
10. Pelari-pelari itu (saing).....................dalam acara lumba lari 400 meter.
F. Bubuhlah imbuhan se... atau ke....an pada kata dalam kurungan untuk melengkapkan ayat di bawah ini.
1. Penduduk-penduduk kampung itu bersiap sedia untuk menyambut.....................
Perdana menteri. (tiba)
2. ..................nya dari sekolah, Amin ke dapur untuk makan. (kembali)
3. ..................Mi Ling mendorong adiknya untuk belajar bersungguh-sungguh.
(jaya)
4. Sepertiga daripada wang gajinyadisimpan, manakala..............nya dibelanjakan.
(lebih)
5. Kita perlu memastikan ....................sesuatu berita itu sebelum menceritakannya
kepada orang lain.(benar)
6. Kerja ukir-mengukir memerlukan ...............dan .................. . (mahir, sabar)
7. Para pelajar perlu membuat persediaan.................nya sebelum menghadapi
peperiksaan. (cukup)
8. "....................nya kamu memberitahu ibu tujuan kamu mengeluarkan wang
simpanan kamu," kata ibu kepada Zahid. (patut)
9. Pelbagai................diadakan bersempena dengan Minggu Budaya itu. (giat)
10. "................nya Wahid dipilih sebagai ketua, bukan Badrul," kata Mohan
kepada kawan-kawannya. (benar)
11. Pegawai polis itu dikurniai pingat kerana.................nya menangkap
penjenayah itu. (berani)
12. .......................pasukan bahas sekolah kami, tidak kami duga. (menang)
13. .......................nya bertanyalah kepada guru jika anda menghadapi masalah dalam pelajaran.(baik)
14. Gaya budak itu bersilat, memperlihatkan ......................nya. (wira)
15. ...................harga saham membimbangkan para pelabur setempat. (jatuh)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SESIAPA YANG MELAWATI L.BLOG INI, MINTA BERIKAN KOMEN ATAU KONGSI. TERIMA KASIH
ReplyDeleteDRP:CIKGU RASHID.
BOLEH SAYA DAPATKAN JAWAPAN UNTUK LATIHAN IMBUHAN DIATAS CIKGU RASHID??
ReplyDeleteminta izin untuk digunakan
ReplyDeletebolehkah saya dapatkan jawapan ?
ReplyDeleteterima kasih atas latihan-latihan tersebut sebagai rujukan
ReplyDelete